Tonton ‘Teaser Trailer’ Rasmi Filem Spider-Man : Far From Home

GAYA HIDUP
January 16, 2019 - 01:42 PM


Akhirnya, Sony dan Marvel memperlihatkan trailer berdurasi 2 minit untuk filem terbaru Spider-Man : Far From Home. Sebelum ni, peminat mula tak sabar bila Tom Holland secara tak sengaja dedahkan tajuk filem ini di instagram nya. 

Walaupun ia sebenarnya ‘teaser’, namun ia adalah daripada akaun rasmi Sony Pictures Entertainment sendiri.

Dalam trailer tersebut, kita boleh saksikan Jake Gyllenhaal yang memegang watak jahat Mysterio yang nak musnahkan sebagaian daripada Eropah. Walaupun hanya beberapa saat, dah boleh agak yang watak dia dalam filem Far From Home ni agak hardcore jugak.

Selain itu, ada kemunculan Nick Fury dalam trailer ini namun masih menjadi tanda tanya peranan yang akan dibawakan oleh Nick Fury. Jadi, kalau ikut timeline ada dua kemungkinan.

Satu, ia berlaku sebelum Avengers: Infinity War yang mana watak Spider-Man dan Nick Fury mati dan bertukar menjadi debu. Kedua, diorang ni sebenarnya tak mati dan kena tunggu Avengers: End Game nanti untuk tahu kesudahan dia.

Apa-apa pun, kita enjoy dulu teaser trailer ni. Spider-Man: Far From Home akan ditayangkan di pawagam 5 Julai 2019 ini. Kita saksikanlah sama-sama.