TOP 5 MOVIE Yang Anda Boleh Tonton Di Pawagam Nanti!

GAYA HIDUP
September 08, 2021 - 04:16 PM


Kita semua mesti rindukan feeling tengok wayang? Berikut ada lah 5 Movie yang saya syorkan untuk anda tonton di pawagam nanti!

1.  A Quiet Place Part II

Movie in adalah kesinambungan bagi movie yang pertama A Quiet Place. Keluarga Abbot terpaksa meneruskan perjuangan untuk survive setelah kehilangan si ketua keluarga Lee Abbot. Namun, ancaman makhluk yang peka akan bunyi itu semakin mengganas. Keluarga Abbot terpaksa keluar dari kawasan rumah mereka demi meneruskan kehidupan. Adakah mereka berjaya temui jalan penyelesaian? Jawapannya ada pada part II ini!

2. Fast & Furious 9: The Fast Saga

Dom Toretto dan Letty telah memulakan kehidupan yang baru bersama anak mereka, namun ancaman sentiasa menghampiri mereka. Kali ini, Dom terpaksa menghadapi masa silam yang mengantui dirinya demi menyelamatkan keluarganya. Dom dan krew sekali lagi bergabung untuk menumpaskan musuh. Peminat franchise movie ini jangan lepaskan peluang untuk tonton filem aksi tanpa henti ini!

3. Shang Chi and The Legend of Ten Rings

Antara movie yang dinantikan peminat Marvel sedunia! Movie kali ini berkisahkan watak utama yang bernama Shang Chi seorang martial art master yang cuba meninggalkan dunia martial art dan memulakan kehidupan yang baru di bandar. Namun, secara mengejut beliau terpalit dengan masalah dengan satu kumpulan misteri iaitu Ten Rings Organization. Genre aksi penuh dengan aksi kung fu ditampilkan oleh Marvel kalini bakal memukau para penonton!

4.007: No Time To Die

James Bond sekali lagi direkrut untuk satu misi menyelamat seorang saintis yang diculik. Namun, beliau diekori oleh seorang musuh misteri yang lengkap dengan senjata modern yang mampu menggugat keselamatan sejagat! No Time To Die sekali lagi mengangkat tema super spy yang penuh aksi kelas dunia!

5. The Suicide Squad

Kerajaan Amerika Syarikat menghantar sekumpulan penjahat elit dunia untuk menceroboh pulau Corto Maltese untuk menghentikan satu operasi organisasi jahat yang mempunyai pelan untuk takluk dunia. Karakter- karakter DC favourite anda seperti Harley Quinn, Rick Flagg buat kemunculan semula dan beberapa karakter baru seperti King Shark, dan Peacemaker yang dibawa bintang WWE John Cena pasti mampu membuat anda terhibur!