Tujuh Soalan Yang Boleh Ditanya Dalam Sesi Interview

GAYA HIDUP
January 09, 2019 - 04:21 PM


Ada apa-apa soalan? Tidak. Sambil gelengkan kepala. Itu adalah perkara normal yang ramai daripada kita buat selesai sahaja sesi temuduga ataupun interview dengan mana-mana syarikat.

Sebabnya, mungkin ada yang memang tak tahu nak tanya apa, sesetengah mungkin risau dengan pertanyaan mereka, jawatan tersebut terlepas dan sebagainya.

Sebenarnya kan, korang tak perlu risau. Tanya sahaja kepada orang yang interview anda tu. Ini adalah hak anda. Lebih lebih lagi kalau pertanyaan tersebut adalah tentang syarikat dan jobscope korang.

Kadang kala, majikan ni suka staff yang gemar bertanya, tapi pastikan soalan relevan dan kena pada situasi, tambah pulak ia berkaitan dengan tawaran pekarjaan yang korang cuba tersebut.

 

Ini adalah contoh soalan-soalan yang boleh ditanya semasa interview.

#1. Boleh saya tahu, jawatan saya nanti macam mana jobscopenya?

Ini adalah soalan penting yang korang patut tanya. Jobscope adalah perkara yang akan dipertanggungjawabkan kepada korang sekiranya korang diterima. Kalau tak ada jobscope, berkemungkinan besar, korang akan buat semua benda. Tak macam jawatan yang korang mohon.

 

#2. Apa kualiti yang patut ada untuk jawatan ini?

Ini dalam bahasa mudahnya, korang nak tahu apa kualiti yang diperlukan untuk jawatan yang dipohon. Misal kata, kena hantar kerja on time, kena adaptasi dengan situasi dan macam-macam lagi.

 

#3. Apa jangkaan kamu tentang jawatan ini?

Ini dalam erti kata lain, korang nak tahu apa KPI yang perlu korang hadap. Setidaknya, dapat buat persediaan awal.

 

#4. Budaya syarikat ni macam mana ye?

Selain dari jobscope, soalan berkaitan culture dan environment bekerja ini adalah sangat penting. Kebiasaannya, budaya syarikat akan selari dengan visi dan misi syarikat tersebut. Satu je nak pesan, setiap syarikat budaya kerja nya berlainan, bukannya sama semua.

 

#5. Dalam 5 tahun, misi dan visi syarikat apa?

Korang susun lah ayat betul-betul, jangan tanya macam soalan deka tatas tu pulak. Yang penting, korang nak tahu dalam 5 tahun, dekat mana kedudukan syarikat dan yang penting kedudukan korang dalam syarikat tersebut.

 

#6. Ada soalan lain yang ingin en/puan tahu?

Ini sebagai penambahan kalau-kalau diorang macam nak tanya, tapi tak tanya soalan. Senang cerita, ni lebih kepada proses berbual dalam keadaan formal jugak, tapi santai.

 

#7. Apa langkah seterusnya lepas interview ni?

Selain menunjukkan yang korang ni bukan memain datang interview, korang jugak dapat dari sumber yang betul dan semestinya maklumat yang diterima adalah tepat tentang tindakan yang korang kena buat selepas interview. Kebiasaannya, diorang akan cakap tunggu kami contact anda dalam masa seminggu. Kalau lepas seminggu tiada panggilan, cuba hantar email, tanyakan jawatan tersebut. Setidaknya, kalau tak dapat, korang boleh move-on dan cari jawatan lain.

Dapat? Bagus. Sebenarnya, kunci kejayaan interview ni adalah korang jangan tinggalkan bilik temuduga tu tanpa tanya apa-apa soalan. Kalau nak ikutkan penulisan di MauKerja, ramai calon gagal sesi interview sebab ini.