Uniqlo Malaysia Keluarkan Baju Raya – Untuk Lelaki Dan Wanita.

GAYA HIDUP
May 17, 2018 - 11:19 AM


Walaupun bulan Ramadhan baru sahaja bermula. Malah tak sampai setengah hari umat Islam di Malaysia mula berpuasa, Uniqlo Malaysia nampaknya telah melancarkan koleksi baju melayu untuk anda pakai di hari raya nanti.

Koleksi tahun ini dikatakan hadir untuk wanita dan lelaki dimana koleksi busana Muslimah akan berada di bawah koleksi Hana Tajima.

 

Untuk lelaki pula, terdapat dua jenis rekaan kolar yang boleh dipilih dengan 5 pilihan warna.

 

 

Harga untuk koleksi ini dikatakan akan dijual bermula dari harga RM129.90 hingga RM199.90 bergantung kepada jenis baju yang disukai. Untuk koleksi penuh, korang boleh ke laman web Uniqlo.

Nampaknya, raya tahun ni tak payah susah-susah nak bersesak nak cari baju raya. Beli di atas talian je.