Usahawan Cilik Untung Besar!

GAYA HIDUP
September 09, 2021 - 11:17 AM


Kanak kanak di awal pembesaran mereka sering mempunyai perasaan ingin tahu dan suka memerhati perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Itulah yang berlaku kepada Muhammad Fadhil Mohd Zainudin bapa kepada Alya Aqeela yang berumur 7 tahun. Secara spontan, anak perempuannya terigin menjual hasil karya lukisannya di hadapan rumah mereka di Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi.

Demi merelisasikan keinginan anak perempuan mereka, En Fadhil dan isteri 'setup' kan premis untuk anak kecilnya itu berniaga! Yang mengejutkan mereka adalah 6 hasil karya anak mereka berjaya dijual kepada jiran jiran mereka dalam masa satu jam!

En Fadhil menyatakan bahawa dia tidak menghalang akan idea anak perempuannya itu biarpun ia berlaku secara spontan. Beliau menjelaskan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendapatannya berkurang. Oleh itu, beliau mula berniaga menjual durian di Desa Petaling. Jadi, mungkin dari situ la Alya Aqeela mendapat ilham setelah memerhati ayahnya berniaga.

Tidak cukup dengan itu, hasil jualan yang sepatutnya bernilai enam ringgit sebaliknya Alya Aqeela mampu membawa pulang lima puluh satu ringgit. Ternyata, penduduk sekitar rumahnya sangat permurah dan menyokong aksi spontan si cilik itu. Lebih mengharukan apabila Alya Aqeela mahu memberikan hasil jualannya itu kepada ibunya.