Vaping Ketika Memandu Boleh Menyebabkan Lesen Ditarik

GAYA HIDUP
February 23, 2018 - 11:20 AM


Rokok elektronik atau vape dikatakan adalah alternatif yang ada jika seseorang itu mahu berhenti merokok. Namun terdapat beberapa pihak mengatakan ianya sebenarnya sama seperti merokok dan ada beberapa negara malah mengharamkan terus penggunaan vape ini seperti Singapura.

Walaupun pada hakikatnya ianya bukanlah satu kesalahan untuk menggunakan vape semasa memandu, pihak polis menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah berbahaya kerana 'asap' dariapda vape ini boleh menjejaskan pemandangan dan berkemungkinan boleh menyebabkan kemalangan.

Disebabkan kecuaian ini, penalti dan denda boleh dikenakan keatas pemandu dan dikatakan adalah jelas pada pihak plolis bahawa penggunaan vape semasa memandu adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

Tetapi, anda di Malaysia tidak dikenakan tindakan tersebut. Tindakan saman di atas hanya dikenakan di UK sahaja. Menurut laporan Metro UK, pihak polis disana akan menasihatkan sekiranya ingin menggunakan vape juga, pastikan sembur wapnya keluar supaya tidak menganggu pemanduan.

Semasa, di UK adalah satu kesalahan sekiranya pemandu didapati merokok atau gagal untuk menasihatkan para penumpang supaya tidak merokok jika ada remaja atau kanak-kanak yang bawah umur 18 tahun.

Rasanya undang-undang ini boleh dikenakan di Malaysia. Sebab perkara yang dibangkitkan ada kebenarannya, memang asap vape boleh menyebabkan penglihatan terjejas sementara dan kemalangan boleh berlaku.

Cuba tengok video pemandu hampir kemalangan sebab vape ni... 

Apa-apapun nasihat kami, vape responsibly. Jangan disebabkan salah sendiri, habis rosak industri vape di Malaysia...