[VIDEO] "Baca Doa Makan Je!" - Viral Sekumpulan Wanita Guna Doa Makan Terus Senang Dapat Parking

GAYA HIDUP
October 16, 2023 - 01:02 PM


Siapa dekat sini selalu mengalami masalah setiap kali nak mencari tempat parking kereta tak kiralah sama ada di tempat kerja ataupun ketika jalan-jalan di mall?

Nah, ini ada satu video viral di TikTok yang membuktikan keajaiban kuasa doa makan -- terbukti mustajab apabila urusan mencari tempat letak kereta menjadi lebih mudah.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh Asmida Asmadi -- orang ramai teruja dengan pendekatan yang dipaparkan oleh beberapa individu yang membaca doa makan bersama-sama sambil mencari tempat parking yang kosong.

Reaksi kegembiraan juga jelas kelihatan sebaik mereka mendapat parkir kosong sehingga mencuit hati orang ramai.

@asmidaasmadi Bila kite percaya dgn kuasa doa makan . Dan bila kite percaya pentingnya ada dashcam tq @DNSHFN ♬ original sound - Asmida Asmadi

Ramai netizen turut berkongsi mengenai pengalaman berkenaan dan mengakui semua itu adalah atas keizinan Allah.

“Tiap kali cari parking mesti baca doa makan, sekali pusing memang ada rezeki,” komen Shazlyn.

“Memang betul menjadi, satu lagi mak saya pesan baca doa makan bila tengah cari barang. Memang akan jumpa,” ulas Mama Si Noah.

“Akak pun selalu buat, suruh anak-anak baca bila nak cari parking dan memang selalu dapat. Alhamdulillah dengan izin Allah,” tambah Shania.

Destination: