Wanita Ini Ubahsuai Kapal Terbang Menjadi Salun Rambut

GAYA HIDUP
September 19, 2017 - 12:55 PM


Barbershop atau salun rambut semakin banyak dibukak sejak akhir-akhir ini. Dan ramai jugak decide untuk berhenti kerja dan bukak bisnes gunting rambut. Dah macam trend. Barbershop atau salun ni pulak, masing-masing akan ada gaya persembahan mereka sendiri.

Kalau kita tengok tahun lepas, membawa ke tahun ni, trend – trend kedai atau salun ni lebih berfokuskan style rambut budak – budak sekarang lah, pompadour, skinfade dan banyak lagi. Kalau nak senarai semua, takkan habis.

Berbalik pada kedai – kedai ini, masing masing akan ada idea tersendiri macam mana nak tarik pelanggan. Boleh dikatakan harga, kesemuanya standard. Rm10-30 ringgit per cut. Harga dan style potong tu satu hal lah bila nak tarik pelanggan kan, tapi, ada lagi satu faktor iaitu presentation kedai.

Ha, bukan powerpoint presentation tu… Ini cara macam mana owner cantikkan kedai dia. Ada yang pakai graffiti, ukiran kayu, open barber concept dan banyak lagi lah.

Seperti yang berlaku dekat Scotland ini,lain pulak cara dia. Di Scotland pemilik sebuah salon disini menggunakan kapal terbang untuk dijadikan salun. Bukan kapal terbang dummy, tapi memang sebuah kapal terbang yang dia convert jadi salun.

Amber Scott, 25, melancarkan salun rambut semalam. Dia mula untuk convert kapal terbang  Air Atlantique Convair CV-440 Metropolitan 1957 ini pada bulan Mac untuk membuat Runway Studios, yang menawarkan perkhidmatan potongan rambut dan solekan.

 

 

Dengan modal 30 ribu pound, beliau terfikir akan idea yang memang tak masuk akal ini selepas kapal terbang ini dihadiahkan oleh ibu bapa Amber sendiri untuk dijadikan B&B pada asalnya. Namun, kerana minat Amber yang mendalam pada kecantikan, beliau convert kapal terbang tersebut menjadi salun yang mana kini, mendapat perhatian ramai di sana.

Menarik kan? Inilah yang kita panggil, berfikir di luar kotak...