Wanita Selalu Buat 6 Perkara Ni Bila Naik Angin Kan?

GAYA HIDUP
January 17, 2018 - 02:59 PM


“Kurang asam. Tau lah nasib awak nanti!” Ha, itu satu petunjuk bahawa si dia sudah mula wujudkan ‘perang dingin’ dengan anda. Walau apa pun kesalahan anda, kata orang dunia boleh terbalik jika wanita naik angin. Bagaimana tu? Ketahui tanda-tanda berikut.

Enggan memandang muka

Wanita jika hatinya disakiti mulalah berubah air mukanya. Daripada sentiasa tersenyum terus membawa wajah yang masam. Malah jika perasaan sakit hati menguasai jiwa, mungkin dia enggan memandang muka pasangannya.

Selain itu dia akan sering mengelak apabila dipanggil. Jika menjawab soalan pula, acuh tak acuh sahaja tanpa memberikan ‘eye contact’. Anda harus lakukan sesuatu agar hatinya kembali ok.

‘Reject’ Panggilan

Anda cuba menghubunginya seperti biasa agar semuanya kembali normal tetapi semua panggilan telefon ditolaknya ke ‘voicemail’. Wow, meremang bulu roma! Ini tabiat biasa jika wanita menunjukkan bahawa dia sedang marah atau sakit hati dengan anda.

Bila setiap panggilan dimatikan, ini bermakna anda tidak harus hubunginya lagi, sebaliknya terus berjumpa dengan si dia. Setidaknya anda peka dengan apa yang sedang berlaku.

Diam

Setiap wanita mempunyai cara yang berbeza apabila menunjukkan sifat marah. Ada wanita yang gemar lepas sahaja perasaannya terhadap pasangan.

Ada juga yang lebih gemar memilih jalan untuk berdiam diri. Bukan sehari dua malah ada yang sanggup diam tak bercakap sampai seminggu. Wanita, boleh menjadi tekad dalam setiap tindakan yang diambil bergantung pada kesalahan yang anda lakukan

Perli

Siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Walaupun anda lihat pasangan menjalani kehidupan seperti biasa, akan tetapi cuba dalami setiap kata-kata yang dituturkan. Setiap kata-katanya itu seakan menyindir. Walaupun topik tersebut tidak berkaitan dengan anda tetapi anda pula yang panas telinga untuk mendengar.

Jika begitu ingat kembali setiap perbuatan anda yang mungkin membuatkan pasangan terasa hati. Cepat bertindak sebelum bertambah parah.

Sorry, no sex!

Alamak…ni yang parah. Bagi pasangan yang sudah berumah tangga. Apabila wanita kesayangan anda menolak untuk diajak bersanggama dan mengasingkan bilik tidurnya, ini bermakna si dia benar-benar protes terhadap anda. Sabarlah bro!.

Bil Melambung

Anda tiba-tiba mendapat jumlah bil kad kredit yang agak tinggi dari bulan sebelumnya. Semua perbelanjaan tersebut adalah dari kad kredit isteri anda. Apa yang terjadi sebenarnya? Harus tahu bahawa wanita meredakan hati yang lara dengan membeli belah.

Bagi lelaki yang sering berkata cara ini merepek, ketahuilah bahawa terapi ‘membeli belah’ amat membantu wanita untuk kembali normal. Bagi kaum hawa, lebih baik merawat hati sendiri dengan shooping dari menunggu si dia meminta maaf. Setidaknya sejuk sikit hati bila dapat barang baru. Ops….!.