9 Sebab Wiko View 2 Pro Menjadi Produk Terlaris Tak Sampai Beberapa Jam Dilancarkan!




Jenama Wiko boleh disebut sebagai ‘pendatang baru’ dalam market sebagai pengeluar telefon pintar. Namun sebenarnya tak ramai yang tahu bahawa jenama yang berasal dari France ini telah bertapak di Eropah sejak tahun 2011 lagi.

Berpusat di Marseille, jenama Wiko ini boleh didapati di lebih daripada 30 buah negara seluruh dunia. Kalau nak diikutkan, WIko juga merupakan jenama top 5 di Eropah Barat dan pada masa yang sama sedang menempa nama di Asia, Afrika dan Timur Tengah.

Bercakap mengenai Wiko, mereka sebenarnya telah melancarkan satu kempen iaitu “MoreMoreSpace” sempena pelancaran telefon pintar terbaru mereka iaitu Wiko View 2 Pro!

Mula dipasarkan melalui pra-pesanan di 11street, kini model terkini Wiko ini boleh didapati di  'Official Store' Wiko di 11street. Jika anda terlepas info sebelum ini, jom kita recap sikit apa kelebihan yang ada pada Wiko View 2 Pro ni.

#1. Dari France

Tidak seperti telefon-telefon pintar yang kebanyakkannya dari China, Wiko merupakan salah sebuah jenama yang berasal dari Eropah.

#2. Skrin Paparan Penuh 19:9

Dengan ratio dan reka bentuk skrin yang mempunyai 19 : 9, ini menjanjikan imej yang dipaparkan sangat cantik dan betul-betul memenuhi segenap ruang paparan skrin telefon tersebut.

#3. U-Notch

Wiko menggunakan skrin penuh paparan bersaiz 6” HD dan yang paling penting skrinnya mempunyai lekuk yang berbentuk U. Lekuk ini membuatkan keseluruhan skrin digunakan secara menyeluruh. Itulah yang dimaksudkan dengan kempen mereka iaitu “More-More Space”.

#4. Penggunaan Skrin Secara Menyeluruh

Bahagian atas telefon pintar Wiko yang mempunyai lekuk-U ini menjadi sangat berguna jika nak dibandingkan dengan model telefon lain yang kebiasaannya kosong dan hanya ada speaker dan kamera sahaja.

Ini menjanjikan segala notifikasi dan aplikasi akan dipaparkan di kawasan bersebelahan dengan lekuk-u, secara tidak langsung tidak menganggu paparan penuh skrin.

#5. Selfie Mantap Walaupun Low Light

Kamera hadapan dilengkapi dengan kamera beresolusi 16MP. Ini menjanjikan ‘selfie’ korang memang meletop lah, lagi-lagi dalam keadaan ‘low-light’ dengan aperture f/1.75, serta Big Pixel technology.

#6. Fungsi PDAF, Lensa 120 darjah.

Dengan adanya fungsi PDAF ini, imej yang dihasilkan sangat berkualiti serta sharp. Selain dilengkapi dengan lensa 120 darjah, secara tak langsung View 2 Pro ini mampu menghasilkan imej panoramic yang sangat awesome!

#7. Video Stabilization

Penstabilan yang ada pada camera depan dan belakang menjanjikan fungsi penstabilan video pada kedua-dua kamera. Bila ada ada video stabilizer pada dua-dua camera ni, video yang diambil tak adalah gegar sangat. Semestinya smooth aje.

#8. Face Unlock

Ha, kalau korang pentingkan sekuriti. Bahagian ini mesti korang setuju. Face Unlock! Imbasan muka boleh digunakan untuk unlock View 2 Pro ni ye. Jadi, kalau kata phone kena curi, selagi dia tak imbas muka owner, selagi tu dia takkan dapat bukak.

#9. Spesifikasi

Dilengkapi dengan Qualcomm Octa-Core 1.8GHz Processor dan RAM 4GB, View 2 Pro sangat responsif dan anda boleh melakukan pelbagai task dalam satu masa.

Dari segi memori, ia dilengkapi dengan 64GB ROM serta ruangan penstoran memori tambahan microSD yang menyokong sehingga 256GB.

 

Oh ye, sebenarnya semasa pelancaran Wiko View 2 Pro ni kan, Wiko Mobile Malaysia telah bersetuju untuk memberikan 3 unit smartphone kepada 3 orang pemenang yang telah share dan mendapat ‘like’ terbanyak.

Contest tersebut telah diadakan atas talian menerusi Rileklah.com bermula daripada 30 Mei 2018 dan berakhir pada 12 Jun 2018.

dan tahniah kami ucapkan kepada pemenang-pemenang di bawah :

Senarai pemenang boleh didapati di page kami… dan

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan Wiko View 2 Pro ni, boleh lah terus ke laman sosial dan Facebook Wiko.

Facebook :

Website: Wiko Malaysia

Instagram: Wiko Mobile Malaysia

YouTube: Wiko Mobile Malaysia