Will Smith ‘Jadi Biru’ Sebagai Genie – Tonton Trailer Terbaru Disney Aladdin

GAYA HIDUP
February 11, 2019 - 02:19 PM


Disney baru-baru ini telah melancarkan trailer terbaru filem remake Aladdin mereka. Dipertontonkan buat kali pertama pada anugerah Grammy baru-baru ini, klip berkenaan menyaksikan aktor Will Smith dijadikan ‘biru’ untuk watak Genie.

Filem adaptasi live-action Aladdin ini khabarnya akan ditayangkan pada bulan Mei nanti. Berbalik pada klip trailer berkenaan, Aladdin yang dibawakan oleh Mena Massoud kelihatan menggosok lampu ajaib untuk menyeru jin yang ada dalam lampu ajaib tersebut.

Satu lagi watak penting penghidup cerita, Abu.

Filem live-action Aladdin ini diarahkan oleh Guy Ritchie, dan Aladdin merupakan salah sebuah filem remake yang telah dirancang untuk dikeluarkan pada tahun 2019 oleh Disney selain daripada Lion King dan Dumbo.

Lion King Akan Dikeluarkan Pada Julai 2019. 
Dumbo dijangka keluar pada bulan Mac nanti...

Apa-apa pun, kita tunggu 24 Mei nanti dan ramai-ramai kita tengok best tak remake Aladdin ni… Sebelum tu, kita layan dulu trailer rasmi Aladdin 2019

Kredit video : Walt Disney Studios