Xiaomi Mula Menjual Pencetak Mudah Alih Mi Home Photo Printer

GAYA HIDUP
January 14, 2019 - 05:36 PM


Sebelum ini, ada satu pengumuman oleh Xiaomi tentang penjualan pencetak mudah alih ni. Pada asalnya, akan dijual bawah nama Mijia. Baru-baru ini, pencetak mudah alik telah mula dijual di laman rasmi China.

Xiaomi Mi Home Photo Printer adalah pencetak gambar. Ye, bukan untuk print segala assignment tu ye. Hehe. Cetakan maksima adalah bersaiz 6-inci dan sambungan wireless kepada pencetak untuk mencetak gambar-gambar daripada telefon pintar.

Menurut laman web Xiaomi, pencetak ini sesuai untuk mencetak gambar berukuran passport, potret atau cetakan terus dari WeChat. Dengar-dengar, kualiti HD pun boleh.

Selain WeChat, pengguna boleh menggunakan aplikasi Mijia dan Apple AirPrint untuk mencetak dan aplikasinya juga boleh meng-edit gambar. Hasil cetakan Xiaomi Mi Home Photo Printer ni pula khabarnya tak akan pudar.

Selain kualiti gambar yang baik, dakwat printer ini adalah kalis air, anti kotoran cap jari dan antioksida. Untuk memastikan gambar tahan lebih lama, setiap cetakan pada kertas gambarnya akan terus dilindungi oleh plastik pelindung.

Bila dah macam tu, tentu-tentulah kertas gambar khas perlu digunakan dan ianya dijual pada harga RMB59 (~Rm 36) untuk 40 keping kertas gambar. Harga Xiaomi Mi Home Photo Printer pulak, setakat ini hanya ada di pasaran China dengan harga RMB499 (~RM303).

Oh, dakwat printer ni dijual sekali dengan 40 keping kertas gambar tadi tau. Jadi memang berbaloi.