Yasin Bebas Hukuman Gantung!

GAYA HIDUP
July 06, 2022 - 02:29 PM


"Saya amat bersyukur dengan keputusan ini," kata penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Majistret, di sini, melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja menerusi perbicaraan, hari ini.

Dia yang lebih dikenali sebagai Yasin berkata, keputusan ini adalah satu perkembangan positif bagi dirinya.

"Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

"Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya," katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Terdahulu, Yasin terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu.

Bagaimanapun, dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.

Destination: