Yunmai - Smartwatch Terbaru Daripada Xiaomi; Ketahanan Bateri 4 Hari!

GAYA HIDUP
February 27, 2019 - 11:47 AM


Baru-baru ni, Xiaomi ada melancarkan telefon pintar terbaru yang agak power lah spec dia iaitu Mi 9 yang katanya kamera lagi bagus dari iPhone.

Selain daripada dua model smartphone tersebut, sebenarnya ada lagi satu produk yang dilancarkan oleh Xiaomi tetapi menggunakan nama syarikat rakan kongsi mereka iaitu Yunmai.

Dikenali dengan nama ‘Yunmai’ juga, smartwatch keluaran Xiaomi ini dilengkapi dengan skrin sesentuh AMOLED 1.3 inci, selain dikuasakan oleh chip U-BLOXGPS dan sensor 9-axis. Satu perkara yang ditambah baik pada smartwatch terbaru Xiaomi ini ialah dilengkapi dengan sensor PIXART 8011ES untuk mengesan kadar degupan jantung.

Dengan adanya sensor Pixart ini, secara tak langsung Yunmai ni dapat mengesan atau memberikan data degupan jantung pemakai secara ‘real-time’.

Selain itu, ia didatangkan dengan bateri berkapasiti 420mAh yang boleh bertahan selama 4 hari dengan satu pengecasan.

Walaubagaimanapun, Xiaomi Yunmai ni katanya masih dalam proses crowdfunding. Namun tanda harga yang diletakkan adalah RMB699 (~RM423). Katanya sambutan menggalakkan, hanya dalam masa dua hari, projek atau kempen crowdfunding tersebut berjaya mencapai target.

Nampaknya, kita menunggu masa sahajalah untuk ia dipasarkan nanti.