Diancam Boikot, Godiva Terpaksa Keluarkan Kenyataan Gara-Gara Di-Tag Oleh Ruhainies Di IG Story

HIBURAN
April 30, 2024 - 11:36 AM


Rata-rata warganet khususnya peminat dunia hiburan masih belum berhenti memperkatakan isu yang melibatkan selebriti Aliff Aziz, Ruhainies dan juga Bella Astillah. Lebih-lebih lagi selepas pendedahan yang dilalukan oleh Sarah Yasmine, yang turut mengakui sebagai kekasih Aliff Aziz.

Biarpun sebelum ini Ruhainies menyatakan niatnya unutk bersemuka dengan Bella Astillah untuk menyelesaikan isu ini, namun Bella masih perlukan ruang untuk memikirkan apa yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.

Ruhainies kini kelihatan kembali kepada kehidupannya seperti sedia kala dengan memuatnaik beberapa IG Story untuk dikongsikan bersama peminatnya. Satu IG story yang menarik perhatian warganet adalah yang melibatkan satu jenama coklat mewah.

Ternyata, akibat dari IG story tersebut akaun rasmi jenama coklat itu terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tiada sebarang hubungan professional bersama dengan mana-mana personaliti tempatan. Kenyataan tersebut terpaksa dikeluarkan kerana ada beberapa komen yang menyatakan jenama coklat tersebut akan diboikot!

Marah betul ya warganet terhadap Ruhainies...

Destination: