"Itu Promo Untuk Podcast" - Rosyam Nor Minta Maaf Cadang Rumah Pelacuran Untuk Warga Asing

HIBURAN
January 09, 2024 - 04:50 PM


Pelakon dan Usahawan Datuk Rosyam Nor tampil memohon maaf hari ini susulan kontroversi yang dicetuskannya menerusi kenyataan beliau yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini bagi membendung jenayah rogol membabitkan warga asing.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Kata Rosyam, 57, dia tidak menyangka kenyataan itu akan menjadi tular sehingga disalah anggap dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk agamawan.

“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan. Apa-apa hal pun saya minta maaf dulu sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya menerusi hantaran di Instagram, hari ini.

Dalam masa sama, Rosyam menyeru orang ramai untuk menonton video penuh yang dimuatnaik di TikTok Suhan Channel dan membuat penilaian sewajarnya.

“Tapi itu sebenarnya untuk program podcast aku dekat Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.

Destination: