11 Tanda-Tanda Kita Sebenarnya Sedang Lalai Dan Semakin Jauh Dari Ketenangan

ISLAMIK
February 19, 2024 - 04:37 PM


Sebagai seorang Muslim, kita janganlah membiarkan hati kita bersifat keras dan kasar, sehingga apabila orang lain memberi nasihat atau teguran kepada kita, nasihat atau teguran tersebut tidak memberi apa-apa kesan sedikit pun kepada diri kita.

Apabila hati menjadi keras, lebih keras daripada batu, maka hati itu tidak akan merasa sedih atau hiba apabila disebut tentang kematian. Hati itu tidak berasa gentar atau takut apabila mendengar pembalasan dari Allah, sama ada balasan itu dalam bentuk pahala (sekiranya melakukan kebaikan) atau seksaan (sekiranya melakukan dosa).

Semoga dengan perkongsian dari saudara Amir Khairi memberi manfaat kepada kita semua. InshaAllah

Tanda-Tanda Kita Sedang Lalai

1. Kurang membaca Al Quran

2. Kurang berzikir

3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah:

  • Tidak fokus,
  • Sering terlupa bilangan rakaat,
  • Melewatkan solat,
  • Kurang solat jemaah.

4. Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv.

5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.

6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress.

7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.

8. Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram.

9. Tangguh utk bertaubat.

10. Malu utk belajar agama.

11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut:

Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dgn Al-Quran.

Pesan Ustaz:

Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca)_

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI:

1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.

2. 'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama.

3. Hilang fokus dlm hidup.

4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Sebab-Sebab LALAI:

1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman.

2. Berkawan dgn org² yg lalai.

3. Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan mahram, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.

4. Tidak berzikir.

5. Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll.

Cara-cara mengatasi LALAI:

1. Cari sahabat yg baik & soleh.

2. Hadiri majlis ilmu.

3. Bangun malam utk solat tahajjud.

4. Banyakkan zikir & taubat.

5. Rajin baca quran.

6. Bersangka baik pd org lain.

7. Pemaaf.

8. Ingat mati.

9. Kurangkan makan.

10. Amalkan sunnah Nabi saw.

11. Bersabar bersyukur & bertawakkal.