Arab Saudi Kini Benarkan Majlis Akad Nikah Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

ISLAMIK
January 31, 2024 - 04:53 PM


Dalam usaha untuk memperkaya pengalaman jemaah haji di tanah suci, kerajaan Arab Saudi telah mengambil langkah untuk membenarkan majlis akad nikah.

Perkara itu disahkan oleh kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang membenarkan upacara akad nikah kini boleh dijalankan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Menerusi laporan dari Berita Harian, inisiatif itu adalah peluang untuk syarikat menghasilkan idea inovatif bagi menganjurkan majlis seumpama itu di tanah suci.

Akhir tahun lalu, Times of India ada melaporkan semakin ramai orang Islam yang kaya dari luar negara datang ke Madinah melangsungkan akad nikah sebelum menganjurkan majlis kenduri perkahwinan secara berasingan.

Pegawai perkahwinan di Arab Saudi, Musaed Al-Jabri, menjelaskan bahawa akad nikah di Masjid Nabawi adalah dibenarkan dalam Islam.

Beliau menambah, Nabi Muhammad SAW diketahui telah mengadakan upacara perkahwinan seorang sahabat di masjid itu.

"Ada di antara mereka mempunyai tradisi mengundang saudara-mara pasangan yang bakal menikah.

"Selalunya, rumah keluarga bakal isteri tidak dapat menampung semua undangan. Jadi, akad nikah dijalankan di Masjid Nabawi atau Masjid Quba," katanya lagi.

Bernikah di salah satu daripada dua masjid ini juga dilengkapi dengan faedah tambahan untuk dapat melakukan ibadah umrah yang boleh dilakukan sepanjang tahun.

Dalam pada itu, Al-Jabri menjelaskan, hadirin yang memeriahkan majlis juga perlu mematuhi peraturan ditetapkan bagi memelihara kesucian rumah ALLAH itu.

“Ia termasuklah mengelak gangguan kepada jemaah dengan suara lantang dan membawa masuk banyak makanan, gula-gula atau kopi di tempat suci berkenaan,” jelasnya. 

 

Sumber: Says Seismik & Berita Harian

Destination: