Diumumkan Pada 10 Mac, Ini Dia Lokasi Lihat Anak Bulan Ramadan 2024 Di Seluruh Malaysia

ISLAMIK
March 04, 2024 - 01:30 PM


Tarikh untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini telah disahkan pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

Perkara itu diumumkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang memaklumkan Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Katanya, tarikh permulaan puasa pada malam itu akan diumumkan melalui radio dan televisyen.

Ini adalah senarai lokasi yang telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan di seluruh Malaysia: 

 

1. Johor:

Pontian Kecil

Melaka:

Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Kampung Balik Batu

Tanjung Bidara

Negeri Sembilan:

Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang

Port Dickson

Selangor / KL / Putrajaya:

Menara Kuala Lumpur

Bukit Melawati

Bukit Jugra

Banting

Kuala Langat

Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Perak:

Pantai Pasir Panjang

Mukim Pengkalan Baru di Manjung

Pulau Pinang:

Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Kedah:

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda

Pemandangan Indah,Pulau Langkawi

Menara Alor Setar.

Terengganu:

Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Bukit Geliga, Kemaman.

Pulau Perhentian, Besut;

Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA),

Mukim Merang, Setiu

Kelantan:

Bukit Peraksi, Pasir Puteh;

Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai;

Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu

Sarawak:

Pusat Falak Miri;

Teluk Bandung, Kuching;

Tanjung Batu, Bintulu

Sabah:

Balai Cerap Al-Biruni,

Tanjung Dumpil, Putatan

Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Pahang:

Bukit Tanjong Batu, Nenasi;

Gunung Berincang, Cameron Highlands

Menara Kuantan 188.

Perlis:

Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

 

Sumber: BM Syok

Destination: