Hukum Ambil Upah Tukar Duit Raya, UAI Jelaskan Haram Walaupun Hanya RM1

ISLAMIK
April 01, 2024 - 02:45 PM


Umat Islam kini telah memasuki 10 malam terakhir Ramadan. Dalam keadaan ramai yang sedang sibuk beribadah untuk mendapatkan syafaat malam Lailatul Qadar, persiapan menjelang Hari Raya Aildilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi tentu tidak akan dilupakan.

Antara persiapan yang sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat Islam di Malaysia adalah dengan memberi duit raya kepada sanak saudara dan kanak-kanak.

Namun, terdapat satu perkara yang perlu diambil serius berkenaan dengan isu penukaran duit raya supaya tidak terjerumus dalam kancah riba.

Ini kerana, terdapat sebahagian individu menggunakan peluang tersebut sebagai taktik menambah pendapatan tanpa mungkin menyedari kaedah itu boleh menjurus ke arah riba.

Bercakap soal itu, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus melalui sedutan ceramahnya di TikTok menegaskan bahawa hukum mengenakan upah bagi penukaran duit adalah haram.

"Kita bagi duit RM100 sekeping nak tukar kepada duit RM1 dengan jumlah 100, hendaklah orang yang kita tukar tu beri kita duit RM1 dengan jumlah 100 juga. Kalau dia beri kita RM98 sahaja sebab upah RM2, haram.

"Itu riba namanya. Kerana kalau tukar, nilai mesti sama," katanya mengulas mengenai hukum mengambil upah menukar duit. 

@soaljawabagama Ambil Upah Tukar Duit Raya..... #tukarduitraya #fypage #tiktok #tiktokviral #tiktoknews #ilmuagama #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #ustazazharidrus💯 #ustazazharidrus💯 #ustazazharidrus_fanss #ustazazharidrusfans ♬ bunyi asal - SOAL JAWAB AGAMA

Walau bagaimanapun, jika mahu memberi upah, ia dibolehkan dengan syarat pembayaran upah itu dilakukan secara berasingan dan bukan dalam satu sesi pembayaran sama.

"Tukar dulu duit RM100 sekeping dengan duit RM1 sebanyak 100 keping. Kemudian baru kita bagi upah RM2," katanya.

Sementara itu, Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam, Ustaz Lokmanulhakim Hussain berkata, disebabkan pertukaran duit raya melibatkan item ribawi iaitu wang kertas dan melibatkan dua item yang sama iaitu ringgit ditukar dengan ringgit, maka proses tersebut perlu menepati dua syarat:

1. Penyerahan duit terpakai dengan duit baharu berlaku dalam satu sesi/majlis tanpa penangguhan. Jika ada penangguhan maka berlaku riba nasa’.

2. Pertukaran hendaklah dengan kadar yang sama, tanpa ada lebihan. Jika ada lebihan maka berlaku riba fadhl.

 

Sumber: TikTok & Majoriti

Destination: