Jemaah Wanita Sukar Rapatkan Saf Buat Warganet Hairan

ISLAMIK
March 22, 2024 - 12:51 PM


Setibanya bulan Ramadan, sudah tentu majoriti muslimin mahupun muslimat berlumba-lumba menjalankan ibadah. Rezeki bertemu dengan Ramadan sekali lagi janganlah diambil ringan dan sebaiknya ambil peluang untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Istimewanya bulan Ramadan sudah tentu melaksanakan solat Terawih sama ada bersendirian atau lebih afdalnya berjemaah di surau mahupun masjid. Namun, satu perkongsian di platform X ini mencetuskan persoalan lebih-lebih lagi di kalangan jemaah wanita,

Ciapan tersebut memaparkan satu satu jemaah di sebuah masjid yang dipercayai sedang menjalankan solat sunat terawih. Namun yang menarik perhatian adalah keadan saf jemaah wanita yang kelihatan lopong dan berjarak.

Ramai wanita yang mengakui perkara yang dipaparkan itu sering berlaku di kalangan jemaah wanita. Berdasarkan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, didapati bahawa Ilzaq (merapatkan saf) merupakan Sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam mendirikan saf iaitu dengan cara merapatkan kaki dan bahu serta meluruskan barisan.

Namun ia perlu dilakukan secara berhemah agar ia tidak menyakiti jemaah yang berada di bersebelahan. Kepentingannya adalah merapatkan saf kerana Ibnu Hajar menyatakan bahawa mereka yang memutuskan saf adalah tergolong mereka yang berdosa besar.

Destination: