Jangan Lepaskan Peluang Rasai 7 Perkara Ini di Vivid Sydney Festival Terbesar Di Dunia

TRAVEL
April 26, 2018 - 11:34 AM


Musim sejuk di kebanyakkan negara sudah pun berlalu tetapi musim sejuk di Australia baru sahaja bermula. Inilah masanya untuk rasai pengalaman bercuti di musim sejuk yang sebenar. Apa yang ada musim sejuk ni? Haa sempena musim sejuk kali ni Sydney menawarkan satu festival terbesar di dunia dari 25 May hingga 16 Jun 2018. Festival ini di panggil "Vivid Sydney"

Vivid Sydney merupakan salah satu festival cahaya, muzik dan idea yang terbesar di dunia dan di adakan setiap tahun. Inilah masanya bagi peminat pesta cahaya dan muzik bergabung untuk menyaksikan acara yang penuh meriah di Sydney. 

Saksikan kota Sydney yang bakal berubah menjadi "winter wonderland" dengan pelbagai warna-warni yang menghiasai seluruh kota Australia ini. Pelbagai lampu yang meriah bakal menyerikan festival ini termasuklah large-scale illuminations, laser lightshows and 3D-mapped projection.

Paling di tunggu semestinya Lighting of the Sails at the Sydney Opera House​ yang biasanya bermula pada sebelah petang dan dikatakan ianya saat yang paling luar biasa untuk Vivid Sydney. Yang ni wajib tengok!!

Berikut kami di Rileklah.com senaraikan 7 aktiviti yang wajib korang buat semasa Vivid Sydney 2018!

1. MIDNIGHT MOON

Midnight Moon adalah cahaya yang terapung seakan akan cahaya ajaib di atas Royal Botanic Garden. Ia berfungsi sebagai suar untuk bahagian Light Walk ini bertujuan untuk menarik pengunjung ke Pintu Queen Elizabeth II dari Sydney Opera House forecourt dan di sepanjang jalan Taman Royal Botanic Garden. 

Reka bentuk Midnight Moon ini lebih halus dari Midnight Sun yang terletak di padang rumput berhampiran Farm Cove. Tapi kedua-duanya sangat menarik.

2. THE NAUTILUS FOREST

Hutan Nautilus atau The Nautilus Forest sangat unik. Bagi mereka yang inginkan kelainan dan merasa sendiri berada di dalam hutan yang penuh bercahaya boleh datang ke Hutan Nautilus. Hutan ini bersifat geometri bagi mewujudkan hutan yang penuh dengan cahaya dari "spiralling trees".

Bentuk yang spiral membuatkan anda seperti berada di dalam alam magic yang di penuhi dengan sumber sihur buatan manusia. Agak "scary" bukan? Tapi jangan risau hutan ni tidak merbahaya cuma mungkin lah anda akan di hipnotik sikit lah dengan kemeriahan warna-warna hutan. 

Harus berhati-hati anda mungkin akan hilang di dalam hutan yang di penuhi dengan pokok-pokok bercaya setinggi 4.5m ini. 

3. OASIS

Oasis dibina bertujuan untuk memberi penghormatan kepada kanak-kanak di Australia yang di besarkan di rumah anak-anak yatim dan juga mereka yang tinggal di rumah pengjaagaan anak angkat. 

Lampu-lampu LED di pasang di kawasan air bagi mewujudkan suasana pengcahayaan yang menarik terhasil dari pantulan di permukaan air. lampu ini juga melambangkan "kanak-kanak yang kesepian, takut, hilang dan didera yang tidak pernah tahu kegembiraan keluarga yang penyayang". Di sini juga terdapat pelbagai jenis bunga-bunga dan kunang-kunang.

Oasis juga terdiri daripada banyak serpihan yang menyala yang menggabungkan untuk membentuk mantra sihir supaya lebih kelihatan misteri selama 20 minit. Ilham ini terhasil daripada bioluminescent dari dunia semulajadi untuk membentuk dialog intim antara cahaya cahaya dan pergerakan semula jadi.

4. ASTRAL

Astral ataupun sistem perbintangan memaparkan kewujudan langit di waktu malam dengan kehadiran orbit warna dan cahaya berkerlipan yang bergerak2. Ianya adalah dari terjemahan carta astrologikal Cina dahulukala tentang sistem buruj dan fenomena semulajadi seperti Aurora Australis.

Penampakan 12 dihasilkan dari penyalaan dari dalam. Hasilnya akan terpancar di atas dalam bentuk pandangan warna dan cahaya yang berubah2 dan juga pelbagai mitologi lengkap yang berbeza. Pelawat akan tertarik dengan penalaan cahaya, sejarah kebudayaan yang mana para astrologi Cina dahulu menamakan sebagaiu Pemandangan Dari Syurga.

5. VIVID LIVE 

Vivid Live menampilkan pelbagai artis di dalam sebuah konsert yang terbesar di Sydney. Kali ini Opera House menjadi tuan rumah dan antara artis yang bakal membuat persembahan adalah artis dari Amerika iaitu West Coast rap, Madeleine Peyroux, Mazzy Star, Solange dan ramai lagi. Untuk lihat artis lain yang bakal muncul untuk Vivid Live boleh tengok di Vivid Sydney Music

6. AVATAR

Bagaimanakah kehidupan kita bila bersama dengan manusia buatan digital? Kalau tak leh bayangkan juga korang kena tengok filem Ready Player One. Aku bajet macam tu lah nanti. Macam best je kan?

Ahli2 panel dan pemimpin2 di sana akan menyertai sesi interaktif secara "live", juga seorang yang photo-realistic komputer digital berada atas pentas untuk membincangkan isu etika dan sosial jangka panjang yang kita akan hadapi dengan manusia digital. Terokai dilema sejauh manakah kita akan biarkan replika ini dengan penulis terkenal dan penceramah Rachel Botsman dan pakar-pakar dan penyelidik dari The University of Sydney Business School dan Sydney Business Insights.

Banyak isu telah  dibincangkan di dalam media, dan terutamanya dalam fiksyen sains, tentang kebangkitan mesin. Dalam bayangan dramatik cerita robot dan cyborgs, sebuah dunia yang lebih berkemungkinan telah muncul di mana manusia boleh bergantung pada teman digital untuk menyokong aktiviti2 harian mereka. Walaupun kita kurang cenderung untuk mempunyai robot kelihatan manusia yang  melakukan kerja2 harian di rumah, kita adalah lebih dekat untuk mempunyai Pembantu Digital seperti telefon bimbit dan peralatan rumah yang dapat mengenalpasti keperluan kita. Kemajuan pantas komputer mampu untuk menghasilkan peranti harian yang boleh bertindakbalas secara emosi.

Oleh sebab kita  sukar untuk  untuk berhadapan dengan manusia lain secara  positif dan unik, maka muka realistik tiruan berkemampuan untuk memajukan interaksi manusia dengan mesin. Mungkin tidak lama lagi kita mampu ada pihak ketiga yang berinteraksi seperti Amazon Alexa atau Siri Apple dengan wajah "manusia" lengkap dengan ekspresi.

Menarik kan? Fuh berdepan dengan manusia digital tu.

ps: Event ni FREE tapi korang perlu register dulu ya. 

7. FRAGMENTED

Proses pemecahan adalah demonstrasi menakjubkan tentang bagaimana sumber cahaya tunggal boleh membuat pelbagai corak berwarna yang memberi kesan kepada penonton dengan pelbagai cara tidak terbatas. Kata2 dari artis yang menghasilkannya: kesederhanaan adalah indah; kesederhanaan bukanlah sentiasa tentang teknologi yang kompleks. 

Pemasangan tersebut melibatkan kiub rangka indah terang  bersaiz 2.4 m x 2.4 m, diisi dengan kaca berwarna dan diterangi oleh sumber cahaya yang terang. Kiub berputar, menghasilkan pelbagai bentuk berwarna warni yang terang,  dan mampu dilihat sehingga 50 meter dari kawasan pemasangan. Kesan keseluruhan adalah ukiran cahaya yang teramat indah dan  mencantikkan kawasan sekitarnya juga.

Kerja ini adalah hasilcipta Mandylights dan merupakan satu evolusi pemasangan direka untuk "Vivid Sydney" pada tahun 2012. Kerja2 awal telah dimulakan pada tempat asas yang berputar dan menghasilkan kepingan cermin berwarna warni.

.......

Jadi apa tunggu lagi jom kita ke Sydney! Penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur 11 kali seminggu. Dan paling best ada promosi untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sydney dengan harga RM499. Tarikh travel bermula sekarang sehingga 30 September 2018. Tawaran ini akan berakhir pada 6 Mei 2018. Masih belum terlambat untuk membuat tempahan. 

Untuk Matlumat lanjut boleh layari www.vividsydney.com

Boleh tempah SEKARANG di airasia.com/sydney