‘Golden Bridge’ Menjadi Tarikan Terbaru Buat Pelancong ke Vietnam



Vietnam merupakan salah satu destinasi popular buat pelancong dari Malaysia. Dengan tarikan terbaru yang dinamakan Golden Bridge ini pastinya membuatkan tempat ini menjadi hotspot bukan sahaja dari pelancong negara ini malah satu dunia.

Terletak 1,400m di atas paras laut di gunung Ba Na, Golden Bridge ini dihiasi indah bunga Lobelia Chrysanthemums yang menghiasi jambatan ini.  Jambatan sepanjang 150 meter telah dibina di pinggir gunung di Da Nang, Vietnam dan ianya ‘dipegang’ oleh sepasang tangan emas yang besar.

Golden Bridge ini telahpun memakan belanja sehingga USD2 billion oleh kerajaan Vietnam untuk mempromosikan kawasan pergunungan Annamese. Ianya juga satu cara untuk menarik pelancong ke sebuah lagi kawasan pelancongan, Thien Thai Garden yang berada di berdekatan Golden Bridge ini.