‘Yukon Striker’ – Rollercoaster Paling Tinggi, Terpanjang & Terpantas Dunia Dibuka Tahun Ini!



Bagi korang yang memang suka dengan permainan ekstrem seperti rollercoaster, korang memang patut cuba naik ‘Yukon Striker’ di Taman Tema Wonderland Kanada di Ontario!

Sebabnya, ia merupakan rollercoaster yang mempunyai terjunan paling tinggi, terpanjang dan terpantas di dunia dengan kelajuan maksimum 130 km/jam, setinggi 245 kaki, panjangnya 1105 meter serta menawarkan empat cabaran penyongsangan.

Perghhh…dengar je pun dah seram!

Katanya di bahagian paling atas, para penumpang akan ditahan selama tiga saat sebelum diturunkan 90 darjah dan kemudian mereka dibawa meluncur ke dalam terowong bawah laut di mana gelung 360 darjah yang menakutkan akan berlaku.

Yukon Striker adalah rollercoaster ke-17 yang dibina di taman tema berkenaan tetapi merupakan 'dive-coaster' pertama yang diwujudkan di Kanada.

Pembinaannya bermula pada Januari 2018 dan dikatakan bahagian terakhir trek bakal siap pada bulan ini.

Bagi peminat rollercoaster mesti korang dah tak sabar nak cuba, kan?

Kalau nak tahu seram ke tak seram Yukon Striker ni, boleh tengok video ni!