“The Kaldera” Danau Toba Tawar Konsep Pelancongan Nomad

April 11, 2019 - 11:13 AM


Danau Toba seindah namanya menawarkan pemandangan indah tasik terbesar di Indonesia yang dipercayai terbentuk akibat letusan gunung berapi Toba kira-kira 75,000 tahun lalu.

Dianggap sebagai tasik terbesar di Asia dengan keluasan 279 hektar dan terletak di ketinggian 1,397 meter dari paras laut, Danau Toba sering menjadi destinasi percutian bagi ratusan ribuan pelancong untuk  menerokai alam semulajadi dan kehidupan penduduk etnik Batak di situ.

Terbaharu, bagi menarik lebih ramai pelancong luar terutama dari Malaysia, Singapura dan Eropah “The Kaldera” --- satu konsep ‘nomadic tourism’ atau pelancongan nomad diwujudkan di Danau Toba, Sumatera Utara itu.

Di Kaldera, pengunjung disediakan khemah-khemah penginapan, kabin, caravan park, dan kemudahan asas lain untuk sebuah pengalaman unik dan lebih selesa.

Malah menerusi konsep ‘nomadic tourism’ itu, pengunjung berpeluang untuk lebih dekat dan mengetahui keistimewaan spesies flora & fauna yang terdapat di tasik legenda itu.

Selain, mempelajari adat resam dan budaya unik masyarakat Batak yang terdiri daripada 6 suku iaitu Toba, Karo, Simalungun, Pakpak, Angkola dan Mandailing yang terkenal dengan perkataan “Horas” iaitu ucapan salam khusus penduduk di Danau Toba.

 Sumber: Bernama

Destination: