10 Fakta Ramai Tidak Tahu Tentang Negara Switzerland

TRAVEL
March 23, 2018 - 02:00 PM


Switzerland memang antara destinasi percutian idaman ramai. Namiun disebabkan Switzerland merupakan salah satu negara yang mahal untuk di kunjungi membuatkan ramai orang kita melupakan untuk ke Switzerland. Biasalah nak yang terbaik haruslah di bayar denagn harga tinggi.

Selain negara yang mahal untuk bercuti ada lagi 10 fakta yang ramai orang tidak tahu tentang negara Switzerland ini. Jom kita tengok apa benda 10 perkara itu!

1. Negara Tanpa Ibu Negeri atau President!

Percaya atau tidak Switzerland tiada ibu negeri dan tiada president, tetapi negara ini mempunyai 4 jenis bahasa. Rakyat Switzerland juga berhak membatalkan undang-undang di parlimen. Walaupun begitu sehingga sekarang tidak pernah ada masalah berkaitan dengan undang-undang berlaku.

2. Dibenarkan penggunaan Senjata Api

Wow. Yang ni buat aku seram nak ke sana, ramai menyangka Switzerland merupakan salah satu negara paling aman di dunia sebab memang susah nak dengar cerita buruk tentang negara ini, percaya atau tidak Switzerland adalah negara yang membenarkan penggunaan senjata api kepada rakyatnya selepas berumur 18 tahun. Mungking sebab itu orang kat sana tak berani nak buat hal. \

Fakta menyatakan ada 8 juta rakyat Switzerland dan 4 juta senjata api di keluarkan. Maknanya 50 senjata api untuk setiap 100 orang. (rujukan) Switzerland juga merupakan negara paling rendah kadar jenayah di dunia. (rujukan). Selepas jam 10 malam penjualan alkohol tidak di benarkan! (rujukan

3. Rasuah Adalah Di Benarkan

Pada tahun 2017, Switzerland merupakan negara ke 3 paling aktif untuk rasuah. Bagi mereka kegiatan ini lebih efektif untuk pembayaran. (rujukan). Kalau Swizerland berada di tangga ke 3 agak-agak Malaysia duk di nombor berapa ya?

4. Denda bergantung Kepada Pendapatan

Kalaulah di Malaysia pun amalkan undang-undang ni kan best. Barulah pak menteri kita ni ada akai sikit bila nak bercakap. Tak der lah mainbantai je macam tak der otak bila melemparkan kata-kata.

Di Switzerland denda paling mahal adalah tidak mematuhi had laju. Anda boleh di denda sehingga 650 ribu Euro untuk kesalahan memandu laju 180 km per jam.

Tetapi denda ini tidaklah tetap sebab ianya bergantung kepada pendapatan anda. 

5. Coklat adalah produk yang paling banyak dieksport

Di Bern lebih dari 7 juta coklat  Toblerone  di hasilkan setiap tahun. Tidak lama dahulu coklat Ruby di hasilkan. Selaoin itu,  Swiss company Valcambi  juga ada mencipta emas bar yang mana korang boleh patahkan menjadi kecil-kecil dan buat pembayaran melaui emas tadi. (rujukan

6. Pisau Swiss Army Berasal Dari Rome!

Pisau jenis Army Swiss muncul pada kurun ke 19. Pisau ini amat popular sekali. Namun ramai yang tidak tahu pisau ini berasal dari Rome. Di muzium Cambridge korang boleh jumpa barang-barang seperti sudu, garfu, spatula dna penungkil gigi yang di gunakan pada zaman dahulu. 

 

Satu-satunya bahagian pisau tentera Switzerland yang tidak dihasilkan di Switzerland adalah pembuka botol. Ia dibuat di Jepun.

7. Santa Claus ditemani oleh kawan yang pelik

Santa swiss bernama Samichlaus. Ia sentiasa di temani oleh kawan yang pelik dan menakutkan bertujuan untuk menghukum kanak-kanak yang nakal dengan kayu yang di bawanya. Kawan santa bernama Schmutzli.

Pada setiap 6 disember santa akan datang dengan seguni coklat untuk di beri kepada kanak-kanak di Swiss. 

8. Hotel “Null Stern” Merupakan Hotel Jenis "Open Air"

Fuh tak leh bayang hotel jenis open ni. Mesti sejuk kan. Terletak di Swiss Alps pasangan kembar  Frank dan Patric Riklin telah membuka sebuh hotel yang berkonsepkan open. Fuhh memang mencabar betul lah hotel ni. Agak-agak berapa lah semalam ya. Berani ke korang nak stay di sini?

Harga untu satu malam adalah  $300 untuk hotel tanpa siling dan dinding ini, terletak kira-kira 4 ribu kaki dari paras laut hotel ini juga menyediakan tv dan juga meja.

Paling best view hotel ini adalah view Switzerland yang sebenar. Kalau nak honeymoon sangat sesuai. 

9. Daun Pertama pokok Chestnut di Geneva Melambangkan Musim Bunga 

Di Geneva, lebih dari 200 tahun kedatangan musim bunga di tentukan oleh daun pertama yang tumbuh pada pokok Chesnut.  Kebiasaan musim bunga akan datang pada bulan Mac. Pada tahun 2012 daun pertama pokok chesnut keluar pada bulan disember dan pada tahun itu musim bunga di sini di katakan datang 2 kali setahun.

10. Tikus Belanda Di Sangat Disayangi

Kat sana kalau nak bela tikus belanja takboleh bela seekor. Dikatakan beinatang ini akan sunyi kalau tak ada pasangan. Betullah tu. Diorang pun nak berkawan juga. Kalau salah satu pasangannya mati, pembela hendaklah mencari pasangan baru untuk binatang ini. Malah sewa pun boleh kalau tak silap. Ada pakej untuk sewa binatang ni.

Berlainan pula dengan kucing, Kat sana boleh belah kuciong seekor tapi kucing korang hendaklah di izinkan untuk berjumpa pasangannya walau di tepi tingkap sekali pun. Kalau tak korang kena beli 2 ekor. 

 

***

Itu lah sedikit fakta menarik tentang Switzerland, Pelik kan...

-KeN

Destination: