10 Jenis Penumpang Paling Menyakitkan Hati Semasa Penerbangan



Semasa dalam penerbangan, kita tak akan pernah menjangka siapa yang akan berada dalam satu penerbangan dengan kita. Yang paling penting, siapa yang bakal duduk di kiri, kanan, hadapan dan belakang tempat duduk kita.

Kalau Aj, kebiasaannya suka pilih tempat duduk yang bersebelahan tingkap. Sebabnya, satu boleh tengok pemandangan, boleh tengok awan, dan yang paling penting, ada dinding kapal terbang untuk bersandar kalau nak tidur. Hehehehe.

Berbalik kepada jenis-jenis penumpang dalam flight ni tadi, AirlineRatings.com ada buat survey mengenai jenis-jenis penumpang kapal terbang yang paling ‘dibenci’. Dalam tinjauan yang melibatkan 5,300 orang tersebut, rata-rata setuju yang mereka paling tidak selesa dengan seseorang yang berbau busuk.

Dalam survey yang diadakan, 78 peratus bersetuju yang mereka paling tak selesa dengan penumpang yang mempunyai bau yang tak menyenangkan. Tak kiralah sama ada bau kaki, bau badan, bau keti dan macam-macam lagi lah bau yang ada…

Turut ada dalam senarai tu jugak adalah kanak-kanak yang tak reti duduk dia, dan dan dan penumpang yang sejenis nak bawak satu almari pegi travel. Beg lebih daripada satu.

Ini merupakai senarai 10 jenis penumpang pesawat yang paling dibenci menurut survey yang diadakan oleh website berkenaan :

 

1) Penumpang dengan bau tidak menyenangkan (78% undian)

 

2)Kanak-kanak buas (69% undian)

 

3) Penumpang yang merebahkan kerusi ke belakang (65% undian)

 

4) Penumpang yang meletakkan lengan sehingga terkeluar dari tempat duduk (60% undian)

5) Penumpang yang membawa terlalu banyak barang ke dalam pesawat (55% undian)

 

6) Penumpang yang kerap ke tandas (50% undian)

 

7) Penumpang yang banyak cakap (48% undian)

8) Penumpang yang suka bersenam di dalam pesawat (45% undian)

 

9) Penumpang yang mementingkan diri sendiri (42% undian)

10) Penumpang yang suka duduk di tepi tingkap (39% undian)

 

 

Ha, korang yang mana satu agak-agak? Jap point no 10 tu Aj tak puas hati, sebab memang sesetengah yang bayar lebih untuk pilih seat tepi tingkap.


bukan penumpang je pening, pramugari pun pening nanti...

Tapi, rasanya Aj tahu apa yang diorang maksudkan ni, ni sejenis penumpang yang duduk tepi tingkap tapi tak consider orang lain. Contoh, matahari tengah terik, dia pegi bukak penutup tingkap tu. Kacau orang nak tido je!

=aj=