10 Mitos Mistik Tentang Danau Toba Indonesia Mengikut Penduduk Tempatan



Baru-baru ni aku berkesempatan terbang ke Danau Toba melalui lapangan terbang Silangit Siborongborong. Ini merupakan penerbangan sulong Malindo Air ke Silangit. Korang boleh check out now di laman web malindoair.com untuk trip ke Danau Toba ini.

Tempat paling wajib dilawati jika ke Toba sudah semestinya Danau Toba. Beribu kisah bertebaran di serata dunia tentang Danau ini.

Terjadinya Danau ini disebabkan letusan gunung berapi beratus tahun dahulu sehingga terbentuknya sebuah pulau di tengah-tengah tasik ini. Pulau tersebut adalah Pulau Samosir. Jika ke Toba silalah ke pulau ini jer. 

Boleh lihat juga Tarikan Dan Aktiviti Menarik Di Danau Toba

Berikut kami kongsikan 10 kisah mistik tentang Danau Toba ini. Nak lagi thrill boleh baca semasa korang dlm ferry merentasi Danau ini. 

1. Terdapat Ikan Emas Gergasi 

Menurut kepercayaan masyarakat Toba terdapat 3 ekor ikan emas gergasi yang wujud di dasar tasik. Ikan emas tersebut berwarna hitam, merah dan putih yang melambangkan warna khas suku Batak. Ramai orang di Toba pernah melihat ikan-ikan ini berengang di perairan Danau. Dikatakan saiz ikan yang nampak melintasi Danau ialan 5-10 meter. Para nelayan juga kuatir jiak ternampak ikan gergasi ini kerana ia boleh menyebabkan pukat rosak. Mengikut kepercayaan mereka juga tiap kali tertangkap ikan bersaiz besar, mereka memelihara ikan tersebut sebaik mungkin dan diberi makan telor dan jeruk.

2. Seekor Naga Penjaga Danau Toba

Mengikut kepercayaan mereka naga ini merupakan waris leluhur terdahulu yang menjaga danau agar tidak kering. Naga ini masih sering muncul sehingga sekarang. Beberapa orang nelayan di sini dikatakan sering terserempak dengan naga semasa menjala ikan. Naga ini bersisik dan bersaiz besar. Namun, belum lagi ada yang mempu membuktikan kewujudan naga ini. Dengan keluasan dan kedalaman tasik ini boleh dikatakan mitos ini masuk akal.

3. Monyet Menyerupai Manusia

Beberapa pengungjung dari USA pernah mengadakan pekelahan di tepi danau ini, semasa mengambil gambar kelihatan juga satu kelibat monyet persis manusia di belakang mereka. Kelibat itu seperti monyet namun wajahnya seakan orang tua. Mungkin betul monyet kot sebab kawasan ni pun kawasan hutan dan masih belum diterokai oleh manusia. Jadimonyet pun memang banyak berkeliaran di kawasan danau ini.

4. Wanita Tidak Berwajah

Cuaca di Danau Toba agak tidak menentu, ianya boleh bertukar menjadi sejuk terutama di malam hati. Cuaca yang sejuk boleh menyebabkan manusia mudah berhalusinasi (kena rujuk pakar tentang fakta ini). Menurut kisah orang di sini pernah ada seorang lelaki yang menghabiskan masa di tepi danau pada waktu malam. Pemuda ini ternampak satu kelibat seorang wanita yang muncul dari dalam tasik. Tambah mengerikan wanita ini dikatakan tidak berwajah dan semakin mendekati beliau lantas membuatkan lelaki ini histeria. 

5. Tangisan Misteri

Masyarakat dan pengunjung juga dikatakan pernah terdengar tangisan misteri dari Danau Toba terutama di malam hari. Suara ini terdengar agak pilu dan mereka percaya bahaya suara ini datang dari mereka yang sudah meninggal dunia tetapi masih ada hutang dengan duniawi. Tangisan ini juga mungkin dari mangsa lepas di Danau Toba. Terdapat ramai mangsa yang terkorban dari kejadian feri karam masihbelum dijumpai dan mereka percaya jasadnya masih lagi di dasar tasik.

6. Kelibat Askar Belanda

Pada akhir tahun 1948, pihak Belanda kembali ke Toba untuk menjajah Indonesia setelah mereka mencapai kemerdekaan. Hal ini menyebabkan pemimpin Sokarno dipindahkan ke Sumatera Utara. Mereka di tempatkan di Brastagi dan kemudiannya dipindahkan ke Parapat. Parapat merupakan sebuah bandar kecil terletak di pinggir Danau Toba. Di Parapat mereka tinggal di sebuah rumah agam yang besar pada tahun 1948 hingga 1949. Rumah pengasing Bongkarno ini masih lagi teguh dan dijadikan rumah bersejarah. 

Beberapa misteri juga mula terjadi di sini seperti terdengar suara-suara dan tapak kaki misteri. Penduduk di sini juga sering di gangu oleh makhluk halus di rumah agam ini.

7. Hantu Panjang

Hantu Panjang atau lebih dikenali sebagai "Begu Ganjang" oleh suku Batak. Menurut masyarakat Toba hantu ini sering menghantui kawsasan-kawasan sekitar Danau Toba. Hantu ini sering juga dikaitkan dengan penduduk tempatan yang tiba-tiba sakit dan meninggal dunia. Mereka percaya sesiapa yang terserempak dengan hantu ini akan dicekik sehingga mati.

*****

Fuh scary juga cerita ni walaupun sekadar mitos. InshaAllah kalau kita jaga perangai kat tempat orang tak ada apa terjadi. Aku baru balik dari sana dan Alhamdulillah semua baik-baik sahaja. Seronok kat sana. Banyak tempat menarik yang korang boleh pergi.