10 Perkara Yang Paling Penting Anda Kena ‘Check’ Sebelum Travel Ke Mana – Mana

TRAVEL
January 24, 2018 - 03:08 PM


Travel. Bila sebut pasal travel ni, tak ada orang yang nak travel diorang carca marba kan. Cuba korang bayangkan, dah sampai tempat orang pukul dua tiga pagi, tahu-tahu hotel tak booked lagi, korang terlupa. Ataupun, lupa yang negara korang pegi tu kena ada Visa, dah satu hal.

Sebenarnya, untuk dapatkan percutian yang smooth tanpa ada masalah, kita boleh ikut checklist yang kita sediakan sebelum percutian. Walaupun akan ada yang cakap, “ek eleh, pegi Jakarta dua hari je kot, nak kena buat checklist bagai” korang pedulikkan.

Dia taknak ada checklist, terpulang. Tapi untuk korang, korang bijak kan, so, korang boleh pastikan korang buat 10 perkara ni.

 

  1. Buat Itenerary

Tak kiralah korang pegi untuk masa yang singkat, tapi pastikan ada. Sebagai guide. Supaya, bila dah sampai sana nanti, kita dah tahu nak tuju ke mana, apa nak dibuat dan sebagainya.

Kalau boleh, sediakan backup plan. Kot lah tempat korang nak pegi tu tutup ke, tengah renovate ked an sebagainya.

 

  1. Timing

Timing yang kami maksudkan di sini adalah berkaitan dengan faktor cuaca. Sebagai contoh, di Malaysia bulan 11 ke atas kita dinasihatkan elakkan kawasan pantai, sebab musim tenkujuh.

Misal kata negara korang nak pegi tu bermusim, pastikan korang pegi bersedia lah. Jangan nanti musim kat sana winter, korang bawak seluar pendek je. Dah satu hal.

 

  1. Amik Pakej Ke Diy?

Ini bergantung kepada keselesaan anda sendiri, ada yang lebih suka serahkan semua kepada agen. Ada jugak yang nak DIY je. Mana-mana cara pun, pastikan ada. Kalau ejen, pastikan yang ejen tu boleh dipercayai. Simpan segala maklumat bayaran atau deposit. Kalau boleh dapatkan confirmation sebelum korang bertolak. Setidak-tidaknya, sempat nak cari lain kalau kena kelentong.

Yang buat DIY pulak, pastikan segala maklumat yang korang ada tu lengkap. Supaya dah tiba disana nanti, senang nak cari. Ingat, selagi belum terjadi, apa-apa kemungkinan boleh berlaku.

 

  1. Tempah Tiket Kapal Terbang

Ini yang paling penting. Kebiasaannya, syarikat penerbangan ni akan release tiket 11 bulan awal dari tarikh travel, dan masa awal-awal inilah tiket murah.

Pasal tiket pulak, rajin-rajin lah survey kalau nak dapat lagi murah. Kena nasib baik, dapat murah. Lagi satu, pastikan simpan maklumat tiket tu dalam bentuk softcopy. Kalau kata yang versi korang print tu hilang, masih ada backup.

 

  1. Tempat TInggal

Tempat tinggal ni sebenarnya sama macam tiket kapal terbang. Kalau lagi awal kita beli, kita ada banyak pilihan. Semakin dekat dengan Tarikh nak travel tu, berkemungkinan habis, penuh atau mahal.

Kalau nak cuba Air BnB pulak, pastikan anda faham jenis rumah macam mana yang korang tempah.

Rajin-rajinkan diri baca review yang ditinggalkan guest sebelum ini, dan rajin-rajin lah berborak dengan host anda dalam AirBnB tu, mungkin kat sana nanti dia boleh bagi ‘free’ guide.

 

  1. Passport

Ha, buku merah korang tu. Tanpa passport, tak boleh keluar negara. Melainkan anda pergi bercuti dalam Malaysia. Yang ini tak payah lah bawak passport.

Untuk passport, pastikan tempoh sah dia sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda masuk ke negara berkenaan.

 

  1. Visa

Warganegara Malaysia sangat bertuah kerana tidak perlu Visa untuk ke 154 buah negara. Tapi, sekiranya anda ke negara yang perlukan Visa, sila dapatkan. Ada negara yang kita kena apply awal, dan ada negara yang upon arrival.

 

  1. Ubat-Ubatan

Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang perlukan ubat-ubatan yang spesifik, pastikan bekalan ubat anda itu dibawa. Sesetengah negara mungkin perlukan preskipsi ubat dari doktor, jadi pastikan anda bersedia dengan perkara tersebut.

 

  1. Insurans Travel

Ada yang berpendapat insurans travel ini tak penting, tapi ramai yang sarankan kita ambil travel insurans ini untuk keselamatan tambahan disana.

Bukan mahal pun, 3 ringgit sehari. Manfaat dia banyak.Lagipun, kalau korang jenis mencuba benda baru ataupun lasak, korang dah tak perlu risau kalau terjadi perkara yang tak diingini, sebab korang dah dilindungi insurans. 

 

  1. Gadjet

Dalam topik gadjet ni, termasuklah segala charger, kabel, bateri memori kad dan international adaptor.

Perkara paling penting ialah telefon, sebab telefon akan digunakan untuk berhubung dengan supir, grab dan sebagainya. Selain digunakan untuk aplikasi maps, Airbnb, nak cari makanan halal dan sebagainya.

Powerbank jangan lupa. Penting jugak ni…

 

Pada kitorang, ini adalah 10 perkara yang paling penting untuk korang check sebelum korang berhajat nak travel. Kalau ada yang tak cukup, lain kali kiotang tambah dalam entri lain.