10 Taman Paling Cantik Dan Menakjubkan Di Seluruh Dunia, Ada Yang Dekat Je Rupanya…




Tak kiralah apa pekerjaan korang sekalipun, sekali sekala mesti ada terasa semak dan tetiba rasa nak keluar dari segala kesibukan dan pergi ke satu tempat yang menenangkan. Lagi-lagi kalau korang yang bekerja di bandar KL ni.

Kalau nak diikutkan, kita kekurangan taman rekreasi atau taman yang menenangkan. Yang ada tinggal berapa je, macam contoh Taman Tasik Titiwangsa, Taman Metropolitan Kepong dan sebagainya.

Itu kalau di Malaysia, kalau di luar negara, ada 10 taman yang pada kitorang sangat menakjubkan dan mungkin lebih. Daripada Norway, sampailah ke Sri Langka. Ini adalah taman-taman yang tercantik dan menakjubkan di seluruh dunia.

#1. The Gardens of Versailles, Versailles, France

Ceritanya, Andre Le Notre, seorang tukang kebun diraja diberi tanggungjawab untuk menghasilkan rekaan untuk taman Versailles ni pada tahun 1660.

Ribuan pekerja diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan landskap dan segala pokok dan tumbuhan yang ada disini dibawa khas dari seluruh daerah di Perancis.

Punyalah kompleks rekaan taman ni, ia memerlukan penanaman semula setiap 100 tahun dan kini ia mempunyai lebih daripada 200,000 pokok di kawasan seluas 1900 ekar.

 

#2. Torre Guinigi, Lucca, Itali

Dibina pada kurun ke-14 oleh seorang pedagang kain sutera, Torre Guinigli ni sebenarnya adalah sebuah Menara batu bata yang pada asalnya digunakan sebagai kubu pertahanan semasa era perperangan di Itali dahulu kala.

Di puncak Menara ini, ditanam pokok Oak yang memberikan pemandangan yang sangat menakjubkan. Walaupun pengunjung terpaksa memanjat 230 anak tangga untuk ke puncak, dikatakan perjalanan tersebut sangat berbaloi dengan pemandangan yang ‘disajikan’ di atas menara.

 

#3. Le Jardin Majorelle, Marrakech, Morocco.

Pada asalnya, dikatakan Jacques Majorelle seorang pelukis berbangsa Perancis telah menanam beberapa pokok yang eksotik dan ‘rare’ di kawasan seluas 110,00 kaki ini. Selain itu, bangunan yang ada disitu diwarnakan dengan warna ‘cobalt blue’ yang terdapat pada dinding, air pancut dan pelbagai lagi binaan sekitar taman tersebut.

Warna ini turut di daftarkan sebagai Majorelle blue. Pada tahun 1980, Yves Saint-Laurent telah membeli kawasan ini untuk mengelakkan ia dimusnahkan.

 

#4. Keukenhof, Lisse, Netherlands.

Terletak di antara Amsterdam dan Hague, Kaukenhof adalah taman bunga terbesar di dunia. Setiap tahun, ia berjaya mengeluarkan 7 juta bunga termasuklah bunga tulip dan daffodils.

Dibuka pada bulan Mac hingga Mei, setiap kali musim bunga, para pengunjung dapat melihat pelbagai jenis bunga akan mekar dan semestinya dengan warna-warna yang sangat menakjubkan.

 

#5. Nong Nooch Tropical Botanical Garden, Pattaya, Thailand.

Nong Nooch merupakan salah satu daripada taman-taman yang cantik dari Asia Tenggara. Daripada binaan berbentuk binatang, pokok tropika serta replica mini Stonehenge ada di taman ini.

Selain dari pemandangan yang indah ini, pengunjung akan disajikan dengan persembahan tarian tradisional Thailand serta pertunjukan seni mempertahankan diri mereka iaitu Muay Thai.

 

#6. Dubai Miracle Garden, Dubai, UAE.

Bangunan tertinggi didunia pun Dubai ada, takkanlah taman paling cantik diorang tak boleh nak adakan, betul tak?

Mempamerkan 60 jenis bunga, ia merupakan taman bunga semulajadi yang terbesar di dunia dengan keluasan 18 ekar. Dilaporkan taman ini menerima tidak kurang daripada sejuta pengunjung setiap tahun.

Apa yang menarik disini adalah mereka akan adakan floral display dimana bunga-bunga akan dibentukan menjadi objek atau binaan dan ia akan sentiasa ditukar. Jadi, pengunjung akan sentiasa tengok sesuatu yang baru.

 

#7. Joaquin Antonio Uribe Botanical Garden, Medellin, Colombia.

Apa yang menonjol disini adalah dia punya ‘Orquideorama’ ataupun pameran orkid. Orquideorama ini mempunyai bentuk honeycomb untuk melindungi orkid-orkid yang terdapat disini.

Selain itu, sepanjang festival bunga tahunan yang dianjurkan, mereka akan menayangkan beberapa pameran sementara.

 

#8. The Butterfly Garden,Changi Airport, Singapura.

Selain dinamakan sebagai airport terbaik untuk enam tahun berturut oleh Skytrax pada Mac lalu, Lapangan Terbang Changi di Singapura ini mempunyai sebuah taman rama-rama yang menempatkan lebih daripada 1000 species rama-rama.

Selain pada itu, ada juga taman bunga matahari! Taman yang dibina indoor ini betul-betul mencerminkan nickname Singapura iaitu “Bandar Dalam Taman”.

 

#9. Tromsø Arctic-Alpine Botanical Garden,Tromsø, Norway.

Terletak di Tromso, sebuah bandar di utara Norway Artic Alpine Botanical Garden ini merupakan taman botani yang terletak paling hujung di dunia.

Walaupun taman ini mempamerkan ribuan spesies tumbuhan dari serata dunia, ia sebenarnya memfokuskan kepada tumbuhan yang hanya terdapat dan mampu hidup di kawasan kutub.

 

#10. ACROS Fukuoka Prefectural International Hall,Fukuoka, Jepun.

ACROS ni sebenarnya boleh dikatakan sebuah bangunan, sebuah taman pun ye jugak. Sebabnya, di dalam bangunan ini terdapat dewan muzik, dan pelbagai lagi kemudahan.

Tumbuh-tumbuhan pula ditanam sekitar kawasan berteres di atas bangunan seluas 24 ekar ini. Terdapat 15 teres tumbuh-tumbuhan dan binaan yang menakjubkan ini direka oleh arkitek dari Argentina iaitu Emilio Ambasz.

Eh, best pulak tengok taman-taman yang ada ni. Tapi yang lain tu jauh. Kita try pegi yang Singapore atau Thailand punya lah. Hehe.