10 Tip Perlu Korang Tahu Bila Pergi Hiking Dan Berkhemah



Tip Hiking dan Berkhemah. Asyik travel jer kan? Ok kali ini kita berkongsi pula cerita tentang Hiking atau berkhemah. Sejak kebelakangan ini dah macam trend pula aktiviti hiking, setiap minggu ada sahaja tempat terbaik untuk hiking. Buat kaki hiking pastinya tip ini sudahpun menjadi lumrah kehidupan mereka. 

Namun, bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini pastinya masih tercari-cari tentang tip dan apa yang perlu sebagai persiapan sebelum pergi hiking. 

Ini 10 Tip Perlu Korang Tahu Bila Pergi Hiking Dan Berkhemah 

1 Guna keropok jagung untuk memulakan api

Sekiranya anda terlupa bawa bahan penghidup api, gunakan keropok jagung seperti Doritos untuk memulakan nyalaan. Tapi kalau dah terbakar keropok tu, janganlah buat video viral cakap keropok tu mengandungi plastik pulak.

2. Bakar daun sej untuk menghalau nyamuk

Sekiranya anda berdarah manis dan nyamuk amat tertarik dengan anda, campakkan sejambak ikatan daun sej ke dalam unggun api. Asap yang dihasilkan akan mencegah nyamuk daripada datang ke kawasan itu. Selain itu, tapak perkhemahan anda juga akan berbau wangi.

3. Takut telur pecah? Pecahkanlah siap-siap.

Telur amat senang pecah jika cara dibungkus tidak betul. Anda boleh isi telur dalam bekas seperti ini dan dikocak bersama bahan perasa siap-siap. Senang tak payah nak pukul-pukul telur dah nanti.

4. Elakkan serangga masuk ke dalam kasut

Sumbat kasut dengan kain atau baju untuk mengelakkan serangga atau haiwan kecil daripada masuk ke dalam kasut semasa anda tidur.

5. Bungkus arang dalam karton telur

Apabila anda hendak memulakan api, boleh bakar terus karton telur beserta arang. Senang api menyala.

Atau boleh juga beli tablet arang.

6. Beli lampu berkuasa solar seperti ini

Nak membaca, nak memasak, nak pergi 'membuang' tengah malam buta pun senang dah bila ada lampu waterproof dan tahan lasak macam ni.

7. Letak telefon dalam cawan plastik atau seramik

Kalau nak layan lagu semasa berkhemah, boleh guna tips ini untuk menguatkan bunyi, biar semua rakan dan segala haiwan pun dapat dengar lagu kegemaran anda. Pastikan cawan tu kosong dan tak berisi air kopi!

8. Lampu suluh ni menyenangkan hidup

Pernah tak rasa stress bila guna lampu suluh biasa, sebab tak tahu nak suluh depan ke ataupun kat tanah/jalan yang anda nak pijak? Kalau beli lampu suluh macam ni, selesai masalah anda. Boleh nampak jalan di hadapan dengan jalan yang anda nak pijak.

9. Guna shoe organizer berpoket untuk menyimpan barang dapur

Boleh gantung begini ataupun ikat di pokok menggunakan duct tape. Senang cari barang dan menjimatkan ruang!

10. Guna kotak Tic Tac untuk simpan mancis

Untuk mengelakkan mancis basah, simpan mancis dalam kotak Tic Tac dan DIY sedikit dengan melekatkan striker daripada kotak mancis yang asal ataupun boleh tampal kertas pasir.

Anda juga boleh menyimpan barang-barang kecil lain seperti pin rambut, earphone, rempah masakan dan alat menjahit dalam kotak Tic Tac.

*****

Tip ini memang nampak simple tapi percayalah ianya amat berguna semasa korang kat tempat kejadian.