10 Tips dan Pengalaman Kembara di Pulau Cebu, Philippines

TRAVEL
August 09, 2017 - 10:13 AM


#tip ini di kongsikan oleh Taufiq Ismail.

Semua orang suka travel. Bila travel ke mana-mana negara, antara benda wajib perlu anda tahu adalah tips – tips travel di negara tersebut.

Lain negara, lain cara hidupnya. Kan kan? Kali ini saya nak kongsi tips tips travel ke Pulau Cebu, Philippine. Pernah dengar kan Cebu? Apa lagi, tulis terus wishlist anda nak terjah Cebu lepas ni!

1) Tukar duit peso siap-siap di Malaysia

Saya sarankan tukar duit peso awal-awal lagi di Malaysia sebab rate di Airport Cebu sangat lah tinggi. Bukan tu je, Proses menukar matawang di Cebu City sangatlah leceh. Selalunya, flight anda akan sampai pada jam 4 petang. Pukul 5 petang dah mula gelap di sana. So kalau siapa planning sampai airport nak terus gerak ke Oslob, memang tak sempat nak kejar bas.

2) Jangan beli simkad di Airport

Di Airport Cebu ada jual simkad. Paling murah berharga 300 peso untuk 5 hari. Walaupun dia beritahu unlimited data, tetapi, sebenarnya tak unlimited pun. Jangan tertipu ya.

Selain di airport, anda juga boleh dapatkan simkad di city atau perjalanan nak ke Oslob. Simkad serendah 30 peso dengan 1gb data internet 50 peso. Dalam RM8 sahaja. Tak perlu membazir beli simkad RM30. Bukan nak jadi warganegara tetap sana pun.

3) 2 Cara untuk ke Cebu City

Cara pertama, sebaik keluar dari pintu airport, belok kanan dan cari bas putih. Bas tu akan ke SM Mall. Hanya 25 peso saja.

Bagi mereka yang  merancang ke Oslob pada hari pertama, dari SM Mall ambil uber menuju ke South Bus Terminal Kalau stay city. Boleh google je mana korang nak stay. Tapi pastikan download siap-siap aplikasi uber ke telefon bimbit anda.

Atau, cara kedua.

Keluar airport amik uber tuju terus ke city atau South Bus Terminal. Harga dalam 250 – 300 peso je. South Bus Terminal (SBT) ni lebih kurang TBS la tempat dia.

Bas terakhir ke Oslob pada jam 6.30 pm. Jangan risau kalau terlepas bas ke Oslob atau Moalboal. Bas sentiasa ada setiap setengah jam.

4) Bawa makanan (Sangat penting)

Bawalah makanan dari Malaysia bagi yang muslim. Amat-amat digalakkan sebab kat sana memang susah sangat cari makanan halal. Lagi-lagi di Oslob.

5) Kadar sewa motor – 700 peso sehari

Lebih baik sewa motor semasa di Oslob. Banyak tempat boleh cover.

Antara tempat2 yang boleh anda coverWhale watching – Tumalog Falls – Agunid Falls – Osmena peak – Kawasan Falls. Semua ni boleh cover dalam masa sehari je.

Tapi kalau nak santai-santai, habiskan masa dekat bahagian Oslob sehari pun okay je. Kemudian, baru masuk ke bahagian Moalboal.

Nak tahu sebab apa digalakkan sewa motor?

Sebab sangat lah banyak kawasan pantai yang cantik korang boleh berhenti. Boleh berenang dulu. Boleh amik gambar. Boleh jadi ikan duyung dan macam-macam lagi. Jalan kat sana pun senang. Tak bersimpang-siur sana sini. Dia satu jalan je. Kalau pergi jalan tu, balik pun jalan tu.

6) Tak perlu guna tour guide

Kalau anda jenis redah, tak perlu pakai tour guide di sana.

Contoh Osmena Peak and Kawasan Falls. Di sana anda tak perlukan tour guide pun. Paling mudah, korang ikut je mana arah orang lain pergi, kat situ la korang akan pergi sekali.

Bukan apa, tour guide ni korang kena selalu bagi tips. Minimum 100 peso. Bila dah bagi, dia pandang duit tu dan pandang korang atas bawah. Mesti dia fikir apahal la sikit sangat bagi. Hahaha

7) Cebu bandar kos sara hidup rendah

Antara Boracay, Manila, Davio, Palawan, Cebu adalah tempat paling murah dari segi penginapan, pengangkutan, kos sara hidup dan segala-galanya. Tempat pun banyak yang cantik-cantik.

Tolong lah korang datang ke sini. Tak rugi pun!

8) Jeepney

Jeepney ni lebih kurang van. Ia pengangkutan utama di bandar ini bila nak kemana mana.

Tak perlu takut kalau nak cuba naik jeepney di sini. Naik je dan rasai sendiri pengalaman menjadi warga Cebu, ronda-ronda naik jeepney.

Cuma satu je. Dalam jeepney ni kena duduk rapat-rapat tau. Padat. Selagi orang boleh masuk, selagi tu dia angkut. Pastikan anda selalu jaga barang berharga ya. Ramai penyeluk saku di sini.

9) Muat turun aplikasi uber

Cara paling senang nak balik airport dari Cebu City ialah dengan menggunakan khidmat uber. Daftar uber guna nombor tempatan di sana. Secara automatik, anda akan dapat percuma kod promosi 600 peso. Dapatlah free ride ke airport. Hahaha

10) Muat turun aplikasi berkenaan

Contoh aplikasi berkenaan adalah Tripadvisor dan Couchsurfing. Apa lagi ya? Hmm tu jelah kot. hahahaha.

Ni saya nak belanja sikit gambar-gambar semasa di Cebu. Rasa nak repeat lagi datang sini. Tak puas travel sini seminggu!

Kawasan Falls

Apa yang korang nampak warna air ni, itulah warna airnya yang sebenar. Tak edit tau ni, real!

Disini semuanya berbayar. Dari masuk, sewa kerusi meja, naik rakit, dan sebagainya. Kat sini boleh juga buat canyoonering.

Di sini ada 3 paras air terjun. Gambar ni di paras  yang pertama. Kalau nak ke paras kedua dan ketiga, korang boleh naik ikut tangga tepi tu. Jangan duduk di paras satu ni lama lama, air terjun di paras 2 & 3 pun lawa lawa juga!

Pantai Oslob

Ni antara pantai di Oslob. Banyak sebenarnya pantai dekat Cebu yang lawa. Sampai tak cukup masa nak berhenti satu persatu.

Paling best, anda boleh terjun terus ke pantai tu. Tak ada orang marah pun. Tapi pastikan anda tahu berenang lah ya! hehe

Whale Watching

Berenang bersama ikan paus. Ikan paus sebenar tau. Bukan patung, bukan robot. Berenang bersebelahan ikan paus tu sangat menggerunkan. Korang WAJIB cuba bila datang sini. hahaha

Dan ini sahabat di Filippine. Jumpa mereka di Couchsurfing sehari sebelum balik. Diorang bawa jalan-jalan sekitar Cebu City. Thanks Kelvin and Alvin!

Terima kasih kerana sudi membaca coretan ikhlas saya ini. Saya memang kaki travel. Boleh follow saya di Fb Taufiq Ismail.

Dapat sesuatu dari artikel ini? Silakan Share kepada rakan-rakan anda supaya semua dapat tahu.