16 Trip Yang Anda ‘Wajib Cuba’ Di Asia…

October 31, 2017 - 03:44 PM


Asia merupakan salah satu benua yang mempuinyai pelbagai daya tarikan yang menarik dan cantic untuk media sosial anda. Daripada temple, makanan, bangunan pencakar langit dan macam-macam lagi.  

Selain menjadi benua yang terbesar, para kaki travel sangat suka akan Asia sebab ada banyak option yang mereka boleh pilih dan tidak menelan belanja yang begitu banyak.

Hari ini, kami nak kongsikan 16 tempat atau perkara yang anda boleh explore dan masukkan dalam itenary travel anda selepas ini.

 

#1. Berlagak ala-ala Avatar di Taman Negara Zhangjiajie China.

Kalau korang nak tahu, taman negara di China inilah pencetusnya idea filem Avatar tu…

 

 

#2. Shopping di pasar terapung Damnoen Saduak, Bangkok.

Kalau korang pegi ke Thailand, ini adalah salah satu tempat kena singgah! Selain dapat berkomunikasi dengan orang tempatan, korang jugak boleh rasa suasana macam mana berniaga atas sampan…

 

#3. Lepak di Taman Terapung atau Hanging Garden di Bali Resort.

Kalau anda sukakan kehijauan serta alam, ini salah satu tempat yang anda kena singgah. Dengan swimming pool yang seakan-akan tergantung di atas pokok-pokok hijau, atau korang boleh je nikmati permandangan yang indah sekeliling resort ini… Kan tenang…

 

#4. Tinggal dalam boathouse di Kerala, India.

Ini agak adventure sikit. Tinggal dalam boathouse di Kerala. Sambil-sambil boat tu menyusur sungai, korang tengok je pemandangan yang ada dekat sekeliling tu...

 

#5. Melawat kuil Meenakshri di Tamil Nadu, India.

Ini salah satu tempat tumpuan jugak. Di kuil ini, anda boleh tengok binaan patung yang berwarna warni dan warna dia memang sangat cerah. Masuk insagram mesti cun!

 

#6. Bermain dengan monyet di Sacred Monkey Temple Ubud, Bali.

Kalau pegi ke Bali, kuil monyet ini adalah salah satu tarikan yang anda kena ada dalam itenary. Selain binaannya yang unik, disini juga menempatkan monyet-monyet liar yang kadang-kadang akan turun bermain dengan manusia. Tapi, kena berhati-hatilah dengan barangan kita…

 

#7. Shopping di Myong Dong.

Kalau ke Korea, ini adalah kawasan shopping paling popular di sini. Sebut saja Myong Dong, kita dah tahu dah kesibikan kawasan tersebut macam mana. Kaki shopping, ini tempat yang anda kena datang kalau ke Korea tau…!

 

#8. Berenang di Infinity Pool Marina Bay Sands Hotel, Singapura.

Kalau korang masuk Singapore dari JB, mesti korang perasan satu bangunan yang macam ada kapal dekat atas tu. Ha, itu adalah Marina Bay Sands Hotel, dekat atas tulah terletaknya swimming pool infiniti ni… Kenapa dipanggil macam tu, sebab dinding dia seakan-akan tiada dank orang boleh nampak garisan langit. So, kalau sunset memang cantic dekat sini…

 

#9. Berjalan merentas masa di Angkor Wat, Cambodia.

Sebut saja Cambodia, mesti kita tahu tentang satu monument yang popular ni iaitu Angkor Wat. Di sini, anda boleh menjelajah wat ni. Boleh tangkap banyak gambar dan dapatkan feel menjelajah ke zaman dulu-dulu gitu…

 

#10. Snokeling, Berkayak atau Buat Terjunan di Ariel’s Point, Boracay.

Tempat tumpuan yang satu ni, memang digemari oleh traveller yang kaki adventure. Sebabnya, dekat sini selain permandangan dia cantik, airnya yang biru, ramai jugak yang datang ke sini untuk cliff diving…

 

#11. Menaiki Sampan di Tasik Inle, Myanmar.

Kehidupan di sekitar Tasik Inle ni ada bermacam-macam. Sebab utama kena ke sini ialah, orang sana menjadikan tasik ini sebagai mata pencarian mereka. Korang boleh tengok nelayan tangkap ikan selain daripada binaan-binaan stupa di sekitar tasik berkenaan.

 

#12. Melayari Halong Bay, Vietnam.

Halong Bay ni kalau kita tengok, memang lawa. Tapi lagi menarik kalau kita pegi susuri menggunakan junkboat yang tersedia kat situ. So, bolehlah kita amik feel dekat sana, sebab boat dia tu takdelah laju sangat.

 

#13. Lepak di Pantai Ngapali, Myanmar.

Selain daripada pantai yang terbentang, Pantai Ngapalini sebenarnya pantai yang terbaik di Asia tahun ini menurut TripAdvisor. Kita tahu yang TripAdvisor ni terima undian daripada pengunjung, so bila pengunjung sendiri yang vote jadikan dia pantai terbaik di Asia, memang cantic la maknanya…

 

#14. Tengok matahari terbit dari gunung Bromo.

Sebut saja Jogjakarta, semestinya ramai yang sebut Gunung Bromo. Selain daripada kawah yang aktif, di Bromo ni pemandangan dia sangat cantik waktu matahari terbit. Cuma kita kena bangun awal pagi lah nak hiking ke puncak untuk dapatkan view yang terbaik.

 

#15. Ambil gambar di depan Taj Mahal, India.

Taj Mahal, salah satu daripada 7 wonder of the world. Selain daripada mercutanda ikonik seluruh dunia, Taj Mahal ialah salah satu tempat yang kena ada dalam checklist tempat travel kita kena pegi…

 

#16. Melawat Chocholate Hills, Philippines.

Terletak di kawasan yang bernama Bohol, Chocholate Hills ni terdapat lebih kurang 1300 mould yang pelik-pelik disekitarnya… So, kalau nak tangkap gambar cecantik masuk instagram, sini salah satu tempatnya...

 

Sumber | Insider