2 Tarikan Terbaru Ini Serlahkan Sisi lain Dubai Yang Ramai Tidak Tahu

TRAVEL
February 02, 2018 - 12:23 PM


Dubai sering kali dikaitkan dengan kemewahan sehingga ramai dalam kalangan pelancong agak trauma untuk ke sana disebabkan kos yang agak tinggi. Namun ramai yang tidak tahu melancong di Dubai tidaklah semahal yang di sangka. Nilai matawang AED dan RM pun lebih kurang sahaja. Maybe kalau mahal pun teksi dan uber. But we have a train untuk murah.

Dubai semakin giat mengembangkan destinasi pelancongannya. Antaranya, pembinaan tempat menarik untuk menggoda lebih ramai pelancong menikmati keindahan Timur Tengah. Kota yang terkenal dengan bangunan pencakar langit itu, kini memperkenalkan dua lagi daya tarikan

Memetik Dream.co.id, salah satunya untuk pelancong yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar. Xline Dubai Marina merupakan permainan zipline sepanjang satu kilometer (km). Ia menghubungkan menara Amwaj di Jumeirah Beach Residence hingga ke Dubai Marina Mall.

Kalau takut tinggi, tak payah naik!

"Dubai masa kini tidak sama dengan Dubai 40 tahun lalu. Dubai yang dulu hanyalah padang pasir, sekarang ia telah jauh berkembang pesat.

Dubai Frame

"Kami ingin mengubah stigma pelancong yang melihat Dubai sebagai a-must-see-city menjadi a-must-experiencedcity dengan menawarkan pelbagai daya tarikan baru pada 2018 ini," ujar Hoor Mohammad Noor Al Khaja, Pengurus Kanan Asia Pacific, International Operations Dubai Corporation of Tourism and Commerce Marketing (DCTCM).

Beberapa daya tarikan baru yang ditawarkan pemerintah Dubai di antaranya, Dubai Frame. Ia terdiri daripada dua menara setinggi 150 meter, yang dihubungkan oleh jambatan kaca sepanjang 93 meter di bahagian atas.

Apabila naik di atas jambatan, para pengunjung dapat melihat pemandangan Dubai dari dua sisi. Landskap berupa kota tua untuk menggambarkan Dubai pada waktu dahulu dan Dubai masa kini.

"Pelancong tidak perlu risau untuk berkunjung ke Dubai kerana kita menduduki tangga kedua sebagai negara teraman di dunia. Untuk masalah pakaian, tidak perlu harus tertutup, jika di pantai boleh mengenakan bikini, disesuaikan tempatnya saja," tambah Hoor.

Jom ke Dubai! Dubai bukan lagi satu tempat membeli belah sahaja, Banyak lagi boleh buat di Dubai terutama bagi mereka yang minat adventure aktiviti. Cuma panas sikit lah nama pun bekas negara padang pasir kan. kalau jenis tak nak kena tant tu tak payah lah datang.