20 Bandar Paling Banyak Dilawati Sepanjang 2018 – Boleh Masukkan Dalam Wishlist Untuk 2019 Nanti!



Belum sempat travel untuk tahun 2018? Tak apa, simpan, travel-lah tahun depan. Orang kata ‘better late than never’. Kalau korang nak tahu, ini adalah trend travel dari segi Bandar Yang Paling Banyak Dilawati pada tahun 2018.

Senarai bandar-bandar yang sering dilawati ni dikeluarkan oleh Mastercard dalam Global Destination Cities Index (GDCI). Kalau nak tahu, diorang memang selalu keluarkan Indeks ini setiap hujung tahun. Apa yang diberitahu adalah kenaikan atau pengurangan bilangan orang travel ke sesebuah destinasi dalam 162 buah negara seluruh dunia.

Tahun ini, Bangkok masih mengekalkan kedudukan pertama dan berkemungkinan besar akan mengekalkan kedudukan yang sama untuk tahun hadapan. Sebabnya, tahun 2018 mencatatkan penambahan sebanyak 9.6% bilangan pengunjung yang memilih untuk ke Bangkok.

Ini mungkin disebabkan banyak tempat-tempat menarik di Bangkok sendiri.

Skrol je ke bawah untuk tengok senarai bandar yang paling banyak dilawati pada 2018, susunan ni disusun menaik, dari segi bilangan pengunjung antarabangsa pada 2018.

#20. Bali, Indonesia – 8.43 juta pengunjung.

 

#19. Osaka, Jepun – 8.78 juta pengunjung.

 

#18. Barcelona, Sepanyol – 9.06 juta pengunjung.

 

#17. Hong Kong – 9.11 juta pengunjung.

 

#16. Milan, Itali – 9.19 juta pengunjung.

 

#15. Palma de Mallorca, Sepanyol – 9.30 juta pengunjung.

 

#14. Pattaya, Thailand – 9.56 juta pengunjung.

 

#13. Makkah, Arab Saudi – 9.73 juta pengunjung.

 

#12. Phuket, Thailand – 10.08 juta pengunjung.

 

#11. Seoul, Korea Selatan – 10.13 juta pengunjung.

 

#10. Antalya, Turkey – 11.27 juta pengunjung.

 

#9. Tokya, Jepun – 12.12 juta pengunjung.

 

#8. Istanbul, Turkey – 12.8 juta pengunjung.

 

#7. Kuala Lumpur, Malaysia – 13.53 juta pengunjung.

 

#6. New York, Amerika Syarikat – 13.67 juta pengunjung.

 

#5. Singapura – 14.47 juta pengunjung.

 

#4. Dubai, UAE – 16.66 juta pengunjung.

 

#3. Paris, Perancis – 17.95 juta pengunjung.

 

#2. London, United Kingdom – 20.42 juta pengunjung.

 

#1. Bangkok, Thailand – 21.98 juta pengunjung.

 

Jangan main-main, Kuala Lumpur ada dalam top-10 pilihan traveller seluruh dunia tau. Hehe. Tapi, ini kalau ikut data dari GCDI Mastercard dan pada kitorang Mekah, itu bukanlah tempat percutian. Lebih kepada ramai pengunjung untuk menunaikan Fardhu Haji. 

Nak tahu pilihan pembaca Rileklah? Korang boleh undi dekat sini :

Destinasi Pilihan Pembaca Rileklah 2019