21 Perkara Traveler Lebih Pandai Dari orang Biasa - Irwan Dahnil




Anda seorang traveler? atau mahu menjadi seorang traveler? Ini mungkin beberapa perkara yang akan menjadi sebati dengan diri anda. Mungkin pada mulanya agak susah namun perkara ini akan secara automatik berlaku kepada anda sekiranya anda selalu ke luar negara. Artikel ini daripada salah seorang kawan blogger admin yang menetap di Scotland UK.

Ikuti apa pandangan saudara Irwan tentang traveler di mata beliau.

#1 Menguasai Geografi dan Ilmu Alam

Dulu kat sekolah, susah benar nak hafal nama negeri dalam Malaysia di peta. Tapi sekarang mainan traveler adalah peta BENUA. Siap hafal nama ibu negara dan negara sempadan. Selain dari iklim Khatulistiwa cuaca panas dan hujan sepanjang tahun, traveler sekarang dah pandai negara 4 musim. Dah tahu apa itu musim summer, autumn, winter & spring. Dah tahu ada suhu-suhu ekstrim seperti panas padang pasir, suhu salji tebal, tornado dan aurora.


Ada satu masa, dalam poket korang ada lebih dari 2 matawang. Haha.. Baru la kelabu mata nak belajar duit siling seposen yang mana satu

#2 Kira Duit Tak Pakai Kalkulator

Mereka jadi cekap mengira dan mencongak. Mereka tahu membuat pengiraan belanja luar negara selain dari matawang Ringgit. Memang hafal setiap nilai pertukaran wang semasa. Pound ke Ringgit, USD ke Ringgit, Euro ke Ringgit, Rupiah ke Ringgit. Hujung jari je boleh buat congak.

Mereka kira pakai otak, tak perlu calculator.

#3 Celik Matawang

Sebut je negara mana, traveler excited mengumpul duit dari  negara lain. Kalau masa sekolah dulu, terkulat-kulat bila cikgu tanya matawang negara Turki, tapi sekarang dengan lancar je menjawab. Dari Yen Jepun sampai ke US Dollar, hujung jari je menyebut. Install siap-siap Apps XE Currency dalam handphone.

#4 Semakin Rajin  Membaca dan Berbahasa dalam B. Inggeris

Banyak bahan rujukan travel dalam English. Kalau cari maklumat yang jarang diperolehi, Google pun bagi website English juga. Bahasa utama tu jugalah juga menjadi pertuturan. Don’t worry guys. Seburuk mana Bahasa Inggeris korang, tetapi akan jadi paling hebat kalau pergi ke negara seperti German! Kalau kat Malaysia, korang kena gelak English ke laut, ko akan rasa bangga bila English dorang lebih tenggelam ke laut dalam berbanding  korang.


Tiba-tiba buku rujukan travel korang semakin banyak. Mula-mula beli setakat nak beli, tapi makan tahun makin banyak.

#5 Memiliki Kamus Bahasa atau Translator

Bahasa utama di dunia ada 6. English, Mandarin, Arabic, French, German dan Portuguese. Selain tu Bahasa Jepun dan Korea pun ramai yang berminat.

Mesti mak korang bangga anak dia boleh speaking lebih dari bahasa Jawa kan ?

#6 Lebih Pandai Berjimat 

Allah! Punya kedekut. Sanggup bersusah dan berjimat untuk simpan duit next trip. Bajet jaga gila-gila sebab risau duit nak pegi travel tak cukup. Sanggup naik motor pergi kerja asalkan dapat naik kapal terbang pegi Lombok. Kalau travel tu, lebih prefer naik bas yang murah dari naik train atau flight. Kalau larat, sanggup jalan kaki. Jimat punya pasal.

Makanan asasi adalah Meggi.

#7 Makan Ala Kadar

Bila travel tempat yang majoriti penduduk bukan Islam, makanan susah sikit nak dapat yang halal dan sesuai dengan selera. Lupakan standard Halal JAKIM, kalau dapat kedai Pakistan atau Arab pun dah syukur rahmat. Elak was-was, lebih sanggup makan roti cicah Milo 3 in 1 atau makan buah je. Tak pun bawak Brahims atau Maggi dari Malaysia.

Inilah orang kata ‘Makan Untuk Hidup’ bukan ‘Hidup Untuk Makan’. Kalau nak makan sedap balik Malaysia la kan ?


Tiba-tiba buku rujukan travel korang semakin banyak. Mula-mula beli setakat nak beli, tapi makan tahun makin banyak.

#8 Tidur Sambil Duduk

Bila flight jam 7.30 am, seawal jam 3am dah bangun. Pegi airport bapa antar, sempat tido 30 minit dalam kereta. Lepas check in menunggu boarding, 1 jam lagi sempat pejam mata. Penerbangan KL ke Amsterdam 12 jam. Tidur, bangun, makan,layan movie tiga kali pun belum sampai. Transit pula kat Istanbul untuk ke London, lagi tidur 2 jam.  Dari Amsterdam ke Paris naik bas lagi 6 jam.

Masa tu dah lupa wujudnya tilam.

#9 Mandi Bila Perlu

Tandas tu cuma untuk buang air kecil besar, basuh tangan dan wuduk. Kalau negara sejuk, mandi tu mungkin seminggu sekali atau sebab kena mandi wajib!

Tapi negara panas  tandus ko asek nak mandi 24 jam sehari.

#10 Pakai Baju 3 Helai Selama 14 hari

Backpack la katakan. Mana bawak baju banyak-banyak. Traveler pandai menggunakan Rule of Three. Tiap 3 hari dia cari mesin cuci atau dobi. Lepas tu pakai balik. Pakaian dalam je bawak lebih sikit, tapi ramai juga yang bawak pakai-buang.

Stokin 3 helai, kasut jangan mimpi nak bertukar.


Selalunya pemandangan macam ni boleh mengimbau kenangan Salmah untuk ketagih travel lagi.

#11 Semakin Kuat Berangan

Sejak balik dari Amsterdam hari tu, Salmah rasa resah. Tidurnya tidak lena, mandi tidak basah, makan tidak kenyang. Beberapa kali tangannya membelek cop imigresem kat Schipol Airport. Fikirannya melayang-layang ke taman bunga Kaukenhauf tu. Sungguh asyik sekali di Amsterdam sehingga terlanggar mamat Pakistan ketika sibuk selfie sambil buat mulut muncung. Tidak sabar untuk next trip ke Paris, Brussel, Austria, Italia, Swiss dan semualah!

# 12 Lebih Pandai Bersosial

Jika korang duduk di hostel yang berkongsi dengan strangers, lagi la kena rajin buka mulut. 

Dan jangan lupa bertanya negara mana dorang dah travel. Korang akan amaze sebab takpa korang sedar kebanyakan traveler ni memang sekepala. Memang boleh masuk. Memang betul perumpamaan, kalau malu bertanya sesat jalan.


Sekecil kuman peta pun ko akan gigih baca.

#13 Baca Peta

Bukan macam peta topo macam subjek geografi tu. Sekurang-kurangnya peta bandar tempat tarikan pelancong yang berhampiran. Korang akan tahu di mana hotel dimana korang menginap dan dari peta korang boleh tahu dimana tempat yang korang tujui.

Tahu arah utara dan selatan.

#14 Menggunakan Public Transport

Jangan eksen lah naik public transport tu tak kelas!

Banyak negara, public transport diorang canggih dan selesa. Sampaikan orang kaya dan berduit pun pilih public transport dan bukan drive kereta. Mungkin negara kita belum lagi sampai ke tahap kereta canggih seperti di Jepun, tapi sekurang-kurangnya Malaysia masih selamat.

#15 Rajin Bertanya

Kalau pergi negara orang, tak payah la nak buat perangai berat mulut. Bertanya lagi cepat dapat jawapan dari korang pegi Google maklumat. Kalau tak tahu tanya je. Masalah selesai lebih cepat. Sekurang-kurangnya bertanya kat mana makanan halal atau kat mana stesen train terhampir.

Tapi tanyala di kaunter pertanyaan.


Toilet bersih dan kering, jangan ko tukar jadi basah dan hancing.

#16 Guna Tandas Tapi Lantai Tak Basah

Ada negara yang tiada kepala paip di tandas. Ada mangkuk tandas dan tisu lap. Pun begitu tandas awam dorang sangat bersih. Pandai-pandailah bawa botol air untuk basuh. Dan jangan basah-basahkan sangat lantai sebab sesetengah negara tidak suka tandas yang basah.

 

Selebihnya boleh baca di 21 Perkara Traveler Lebih Pandai Dari Orang Biasa. Penulis merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang menetap di Glasgow Scotland. Kalau berhajat nak pergi ke Scotland boleh hubungi beliau. beliau juga ada menyediakan homestay di sana.