4 Destinasi Romantis Untuk Langsungkan Majlis Perkahwinan



Perkahwinan merupakan salah satu titik penting dalam hidup seseorang dan ianya berlaku hanya sekali seumur hidup (ada yang lebih dari sekali). Jadi, tidak hairanlah ada sesetengah yang akan mengimpikan perkahwinan yang lain daripada yang lain dan semestinya majlis yang meriah.

Bila mana sebut pasal perkahwinan ini, setiap orang atau pasangan mempunyai majlis impian mereka dan konsep idaman mereka sendiri. Ada yang memilih tema garden untuk majlis yang dipenuhi dengan bunga-bunga segar, ada yang memilih serba mewah dan ada juga yang memilih tema klasik.

Walau apa pun pilihan pasangan pengantin, salah satu perkara yang boleh mengubah suasana adalah lokasi perkahwinan. Kalau korang ingat, salah satu lokasi perkahwinan yang disebut tahun lepas adalah perkahwinan Yuna di Puncak Rimba

Jika ada yang mengimpikan melangsungkan majlis perkahwinan di lokasi yang romantis selain dari Puncak Rimba, kami ada 4 tempat atau 4 destinasi perkahwinan di asia.

#1. Phuket – Avista Hideaway

Terletak di Phuket, Avista Hideaway Phuket Patong Mgallery by Sofitel ini mempunyai dua pemandangan pantai yang sangat mempersonakan.

Terletak di puncak bukit Patong, Avista Hideaway ini meningatkan kita kepada perkampungan Thailand.

 

#2. The Sanchaya, Pulau Bintan, Indonesia

The Sanchaya adalah sebuah penginapan mewah yang terletak di Pulau Bintan. Dengan binaan yang berinsipirasikan eropah, dikelilingi pula dengan hutan dan kawasan paya.

Kebiasaannya majlis perkahwinan akan diadakan berhadapan kawasan pantai, memang menjanjikan suasana yang romantik.

 

#3. Tanjung Jara Resort, Terengganu

Mempunyai seni bina istana melayu kurun ke 17, tak hairanlah kenapa Tanjong Jara Resort boleh berada dalam senarai lokasi perkahwinan ini,

Selain terletak berhadapan kawasan laut China Selatan, keadaan sekeliling di sini sememangnya menjanjikan suasana yang diidam-idamkan oleh bakal pengantin.

 

#4. Amanoi, Vietnam

Dibina berlatarbelakangkan gunung di kawasan Nui Chua National Park, Amanoi menjanjikan suasana yang tenang sambil pengunjung disajikan dengan pemandangan alam yang serba kehijauan.

Dari segi binaan, Amanoi mengetengahkan pavilion tradisional Vietnam.

Credit : Website | GoAsiaPlus

INILAH HARGA PELAMIN VIRAL YUNA & ADAM

10 Tips Ini Mungkin Berguna Buat Mereka Yang Baru Nak Travel