4 Hari di Raja Ampat. Ini Aktiviti Yang Boleh Dilakukan di Syurga Diving Ini

TRAVEL
August 04, 2017 - 09:37 AM


Raja Ampat ni termasuk antara top destinasi terbaik di Asia. jadi bagi mereka yang bercadang untuk ke Raja Ampay mungkin boleh cuba tips dari saudara John Leybu

Sambungan Raja Ampat, West Papua 4D3N itinerary (basic2 je k)

Raja ampat ni orang pegi untuk dive. So untuk non-diver macam kami,inilah aktiviti yg kami arrange.Trip ke Raja Ampat boleh jadi jauh lagi murah dari apa yang kami buat ni,(ni trip buat semua sendiri).

Tapi sebagai reference kami list kan jugak itinerary kami dan akan tambah tips untuk kurangkan kos dari semasa ke semasa( untuk Tips, scroll kebawah lagi)

Day 0 

  • Flight KLIA2- Makassar (Air Asia)
  • (Overnight Makassar sebab flight ke Sorong semua pukul 3/4 pagi)

Day 1

  • 4.10am : Flight Makassar-Sorong (Batik Air) 
  • 7.30am : Touch down Sorong Airport dan terus ke Pelabuhan Rakyat Sorong naik taxi (van kuning) 100000IDR atau ojek (motor tumpang)lebih murah. Feri Ekspress Bahari ke Pelabuhan Waisai 125000 IDR seorang. Hanya berlepas 2X sehari. 9pagi dan 2pm.  Sebelum pergi Raja Ampat kena beli permit tag berharga 1milion IDR seorang. (Yes,mahal) Boleh beli di Pelabuhan Waisai bila sampai.
  • 12pm : Sampai Pelabuhan Waisai, owner homestay akan jemput. Naik bot selama 30minit. Yang ni 800000IDR per bot, satu bot 8 orang. 
Kalau lagi best tengok sunset kat sini, tapi ktorang pegi dah last day, boat balik pukul 12tgari, so xsempat.
But if nak naik time sunset kena bawak torchlight and ingat jalan turun, sebab lepas sunset sini cepat gelap.

Travel kat raja ampat memang banyak pakai bot, dan harga bot2 ni mmg mahal sebab diorg kene isiminyak dan minyak bot di Papua sangat lah mahal, tp semua duit ni akan dapat ke owner homestay terus (bukan badan pelancongan) which is penduduk tempatan so in a way kita tolong penduduk tempatan jana income. 

Kena bincang dengan owner supaya ada guest lain yang naik bot sekali supaya bukan kita je yang kena tanggung cost the whole boat.

Homestay kami Lumba-Lumba Guesthouse terletak di Pulau Kri, 30minit dari pelabuhan Waisai, memang cantik sebab berada diteluk, pondok2 homestay memang di kaki air. First day xde buat apa2 sebab dah petang. Relax2 je. Makan pagi petang malam semua homestay sediakan.

Harga homestay ialah 600000IDR/night untuk couple, (kalau stay seorang jadi 350000 seorang, so couple lebih murah).

Kami stay 3 malam so 1.8milIDR.

Viewpoint di Pulau Kri. hike dari Lumba Lumba Homestay sampai puncak dalam 20-30minit depends on fitness level korang. Kalau power 15minit sampai. Xde tangga2.. ikut je kesan orang pijak.

Day 2

  • Trip ke Piaynemo 5.5mil IDR/ bot share 8 orang.
  • nclude snorkelling ke 2 3 tempat dan makan tengahari. Memang worth it.
  • Yang paling tak boleh lupa, belah malam nye kami dpat lihat langit yang paling cerah drngn bintang sepenuh2 langit. Paling banyak saya pernah lihat sepnjang hidup.😅

Day 3

  • Plan buat snorkeling trip tapi ada kematian ahli keluarga owner malam sebelum nya so hari ni seluruh kampung berduka dan xde trip snorkeling/diving dijalankan.
  • Kami buat aktiviti sendiri, low tide exploration belah tengahari, jalan keliling pulau dan snorkeling di pantai depan homestay.

Day 4

  • 7.30am - lepas breakfast terus hike ke viewpoint Pulau Kri (worth it)
  • Lepas turun snorkeling lagi ke kawasan drop off point depan homestay (worth it)
  • Sebelum balik semula ke Pelabuhan Waisai.

Satu yang kami tak boleh capture ialah underwater di Raja Ampat. Setiap snorkelling experience mmg best, tempat paling best kami snorkel compared to tempat lain yg kami dah pergi sebelum ni, philippines, malaysia, thailand, sini underwater paling best. Yela kan dah memang terkenal internationally for its dive spot pun kan.

Dari Waisai kami naik balik Ferry ke Pelabuhan Rakyat Sorong pukul 2pm dan overnight di Sorong before flight ke bali awal pagi esok.

Sorong - Denpasar (SriWijaya Air)

Pendakian ke puncak piaynemo mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Ada dua stage viewpoint di puncak bukit ini. Jadi kalau terlalu ramai berada di puncak, mungkin terpaksa beratur nak mangambil gambar.
Di jeti/kaki piaynemo island, ada beberapa gerai kecil yang menjual makanan ringan dan minuman. Air kelapa dia terbaik gak. Dekat sini pun ada yang menjual lobster dan ketam kenari.
Arborek island jetty. Antara spot snorkelling yang serius cantik.
Pantai arborek semasa low tide. Sesiapa yang rajin nak mengambil gambar, bolehlah bawa setup2 kamera yang terbaik anda ke sini.

TIPS DARI KAMI

1. Ambil Package

Since kami tak dive, antara tempat yang kami nak pergi sebenarnya adalah Pulau Wayag, which is lagi better dari Piaynemo. Tapi sangat jauh (4jam naik bot, Piaynemo 2 jam je.) Dan sangat mahal. 12.5mil dari homestay kami. 

Kami dapat tahu, ada banyak package yang arrange semua, penginapan, trip ke Wayag, trip snorkeling untuk 6.85mil IDR all in. Sangat murah kan) Tapi ini sharing 6-10person.

Nasib baik dia tak suruh pakai songkok dengan baju melayu.
Homestay kami di pulau mensuar/ kri island. Ada 5 unit sahaja di sini. Air pasang sehigga ke kaki rumah. Shark main ronda-ronda dekat gigi air je bila dah pasang. Blacktip shark ye. Bukan great white shark.

2. Pergi ramai-ramai.

Kalau pergi sorang dua ke Raja ampat mmg banyak pakai duit. (Jangan contohi kami pergi dua orang😅)
So cari 6-8 orang dan akan banyak package murah korang leh dapat.

Nanti tambah tips, nak boarding dah. Bye!

Ok dah land, sambung tips.

Low tide exploration di pulau kri. Kalau singgah di pulau kri dan nampak structure seperti ini, try snorkelling di hujung jeti runtuh ini. Ada satu giant clamp sebesar tong drum yang masih hidup lagi. View di drop off point dia pun terbaik. Spot ni di hadapan warahnus homestay.

3. Tinggal di Waisai

Selalu kalau ambil package penginapan adalah di Waisai. Waisai ni central. Apa yang mahal di Raja Ampat ialah transport aka boat.

So kalau tinggal di central, senang cari kawan nak share, jarak pun di tengah2 untuk pergi semua tempat menarik = dapat kurangkan kos. And of course facilities di Waisai lagi proper. Toilet/makan/signal phone.

Tapi kalau nak duduk di Pulau and dapat permandangan cantik boleh pergi website stayrajaampat.com and disana ada banyak Homestay cantik di Pulau Kri, Arborek dan lain2. Tapi kena bekorban kos lebih sebab akan ada boat transfer dari Waisai ke Pulau2 yang anda menginap. Dan kos ke tempat menarik akan berbeza depends on jarak pulau anda duduk tu dengan tempat2 menarik tadi.

Low tide exploration sekitar kri island.
Boleh acah-acah cambest dekat sini.

4. Pergi September-May

Memang Raja Ampat weather bagus all year,tapi kalau pergi waktu ni boleh nampak Manta dan cuaca jarang sangat hujan.

Setiap homestay akan ada hammock sendiri. So tak payah bawak hammock. Buat beratkan beg je. Ni dekat common area Lumba Lumba Homestay

5. Beware of dogs.

Ni bukan pasal kos tapi just nak share jugaklah for Muslim travellers.

Sorong dan Waisai are predominantly Christian community. So akan ada anjing sana sini. Diorang tak garang.

Diorang friendly. So, pandai2 la korang jaga ye.

So since korang tanye cost, untuk kami berdua haritu ground cost (tak termasuk flight) ialah 7mil IDR untuk dua orang. So kalau convert RM adalah dalam RM1300 seorang. TAPI, harga ni ikut apa yang kitorang buat and mana kitorang stay lah. And kami tak pergi Wayag. Kalau pergi akan tambah lagi.

So selamat mencuba. Kalau ade rezki korang InsyaAllah boleh dapat harga yang lagi murah dan lagi banyak trip.

And kalau sesiapa berjaya dpt more trips less money, share ok.

Salah satu pondok di Lumba Lumba Homestay. Pada waktu air pasang seperti dalam gambar, blacktip shark akan berkeliaran di pesisir pantai. Ronda kawasan. Maybe abang long kawasan papua. Jangan risau, shark ni tak gigit orang.hehe

Sebelum wrap up, saya nak say thanks kepada saudara Ariff Gizan yang membantu berkenaan trip Rajah Ampat ini. Kemudian www.stayrajaampat.com atau facebook-nye Stay Raja Ampat. Dan yang terakhir, encik google. U guys rock!

 

 

RILEKLAH: Selamat melancong guys....