5 Alasan Untuk Bercuti Ke Destinasi Sama




Kalau korang dah pergi ke satu-satu tempat, korang akan pergi lagi tak ke tempat tu? Ke korang akan ‘cross’ destinasi tu dalam lokasi travel korang? Kebanyakan orang akan jawab ya, tapi ini alasan kenapa korang patut bercuti ke tempat yang sama.

Memang kadang-kadang kita ralat pergi ke tempat sama, ye lah, buat apa ke tempat sama sedangkan kita boleh explore ke tempat lain, ye tak? Macam contoh, AJ pernah travel solo ke Bali tahun lepas, dan rasa macam nak ke sana lagi! Sebab rindu!

Ok, berbalik kepada topik kita, ini alasan-alasan untuk bercuti di tempat sama.

#1. Belajar Pasal Diri Sendiri

Ambil pengalaman kali pertama kita ke sana, perbaiki untuk travel yang kali ke-dua ni. Macam contoh, kena scam, bayar hotel mahal, makanan mahal dan sebagainya.

Kita ambil pengalaman lampau, kita perbaiki. Mungkin lebih berhati-hati ketika memilih tempat makan, atau berhati-hati masa pilih hotel, dan sebagainya.

Cuba kali ke dua ni, korang cuba fahami sosio-budaya tempatan pulak, cuba interaksi dengan orang tempatan, cuba street food. Selain belajar benda-benda baru, korang akan belajar kenal potensi diri sendiri.

#2. Keunikan Perasaan ‘Berada Di Rumah’

Bila kita ke tempat yang kita pernah pergi, kebiasaannya akan wujud ‘sense of belonging’. Kita akan rasa selesa, bila lalu kawasan yang kita pernah lalu, kita akan tersenyum sorang-sorang.

Senang cerita, manusia ni kita terikat dengan ‘habit’. Walaupun orang kata, kita kena keluar dari zon selesa, tapi bila kita masih dengan perkara habitual ni, akan ada satu perasaan yang susah nak digambarkan.

Selain tu, cuba bayangkan korang dah pernah pergi ke satu destinasi, dah tentu korang hafal setiap jalan, setiap lorong, setiap kedai yang murah atau pengalaman naik public transport.

 

#3. Perubahan Berlaku Cepat, Libatkan Diri.

Perubahan yang dimaksudkan di sini adalah kepada lanskap atau pembangunan. Mungkin masa korang pegi dulu, kawasan dia tak membangun sepenuhnya. Bila pergi sekali lagi, dah cantik.

Sebagai contoh, masa ke Jakarta dulu, nak melawat Gelora Bung Karno, stadium keramat pasukan Indonesia tu, tapi apakan daya, masa tu tutup untuk renovation. Ha, kalau ada rezeki ke Jakarta lagi, dah tentu nak try masuk jugak GBK ni.

#4. Buat Perkara Lain Dari Yang Lain

Point nombor 4 ni bertentangan sikit dengan point nombor 2 tadi. Sebabnya, dekat sini korang digalakkan cuba benda yang diluar normal.

Katalah, pertama kali sampai ke satu lokasi dulu, korang pergi ke tempat tumpuan, apa kata untuk kali ke dua, korang cari tempat-tempat yang jarang orang pergi pulak. Cuba travel style ‘main langgar’ je kali ni. Mana tahu, korang akan dapat pengalaman yang tak boleh dibeli.

Sebab apa yang penting masa travel ni adalah pengalaman, bukannya destinasi. (Ini pendapat peribadi AJ lah).

#5. Jangan ‘Dikongkong’ Dengan Takut

Takut dengan berhati-hati tu lain tau. Tak guna travel kalau setakat duduk dalam bilik hotel dengan alasan, takut nak keluar, takut kena scam, takut sesat, dan lain-lain.

Perasaan ni korang boleh ketepikan sekejap. Bukan apa, kalau takut, baik duduk rumah. Tengok je tempat yang korang nak pergi tu daripada Instagram atau video dekat Youtube.

Sebabnya, kita takkan tahu apa sesuatu tempat tu ada kalau kita ‘dikongkong’ dengan perasaan takut ni. Satu pengalaman yang Aj belajar masa solo trip ke Bali tahun lepas, jangan takut nak intraksi dengan orang tempatan. Walaupun diorang nampak tak friendly, tapi sebenarnya diorang okay.

Akhir kata, selamat travel ke tempat yang kita dah pergi, tak salah kita pergi tempat sama dua kali. =D

Nak baca pengalaman solo trip AJ ke Bali? Boleh baca Pengalaman ‘First Timer’ Buat Solo Trip Ke Bali.