5 Pantang Larang Bila Travel Dengan Strangers



Anda pernah buat kerja gila travel dengan seseorang yang anda baru kenal? Kalau pernah mesti korang penah merasa pengalaman sebegini kan?

JIka nasib baik dapatlah partner travel yang bertimbangrasa, kalau kurang baik dapat pula travel partner yang macam ahli neraka.

So untuk elakkan dari menyusahkan partner travel tu sila amalkan 5 pantang larang bila travel dengan stranger.

1. Yang takde common sense. Itineary, ticket flight, hotel, transportation, ground packages dah ada orang booked kan. Tapi tak reti hulurkan bantuan lain. Dah sampai destinasi pun, dok tanya lagi. lepas ni nak pergi mana, lepastu nak pergi mana. Itineary dah emel awal-awal, tapi sejenis semua nak kena suap.

2. Yang suka meminjam. Adoi part ni memang tak tahulah macam mana ada orang boleh pergi travel overseas tanpa buat preparation. Tak reti nak listkan barang keperluan apa yang perlu dibawa. Ubat gigilah. Shampoo, Pencuci muka. Melainkan dah dinyatakan setiap orang bawa barang dan kita kongsi. Ni toiletries sendiri pun nak pinjam orang ke?

3. Yang kaki last minute check in. Memang menyusahkan orang. Dahlah minta share luggage lepastu nak kena tunggu kau berejam dan datang terkedek-kedek buat muka tak bersalah. Boleh berborak borak dengan orang yang hantar ke airport. Dia ingat airplane tu nak tunggu dia kalau dia lambat?

4. Suka minta makan orang. Dah remind awal-awal perlu ada back up foods. Sebab waktu travel ni akan rasa lapar. Beli je apa jenis makanan even kau tak rasa nak makan. Sebab end up kalau kau tak bawa makanan, kau akan mintak makanan orang. Sehari dua boleh consider lagi, kalau travel lebih dari 5 hari? Hmmm

5. Talam dua muka. Kalau boleh jangan jadi jadi talam dua muka. Dengan orang tu ko kutuk orang ini, dengan orang ni ko kutuk orang tu. Kalau nak kutuk juga, kutuk depan-depan.

*******

Paling best kalau dapat partner travel yang suka ambil gambar dan pandai ambil gambar. Serius jadi ohsem gila trip..