5 Pasar Malam / Pasar Tani Wajib Dikunjungi di Selangor



Negeri Selangor sudah sinonim dengan Batu Caves, Bukit Jugra dan Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang sangat dikenali umum. Tapi tahukah anda bahawa Negeri Selangor juga mempunyai lokasi yang wajib anda kunjungi iaitu pasar malam. Disini terdapat beberapa senarai pasar malam di Selangor yang wajib anda kunjungi jika berkelapangan!

Pasar Tani Shah Alam terletak di tapak lapang Stadium Shah Alam Seksyen 13. Rata-rata penduduk Negeri Selangor pasti mengetahui kewujudan Pasar Tani Seksyen 13 yang ada pada setiap hari Ahad setiap minggu. Bagi yang masih belum mengetahui, kami sarankan anda untuk menambah lokasi ini sebagai destinasi baharu anda sekeluarga untuk dijadikan aktiviti hujung minggu, aktiviti berjalan atau membeli-belah di pasar dan sebagainya.  Terdapat pasar karat juga yang amat sinonim dengan jualan barangan antik dan ‘rare’.

Tarikan utama Pasar Tani adalah makanan dan barangan ‘vintage’. Diamana ianya terkenal dengan “Syurga Makanan” kerana mempunyai pelbagai jenis gerai jualan makanan tidak kira makanan berat mahupun makanan ringan seperti kambing bakar, nasi lemak stadium, pelbagai jenis aneka sup, buah-buahan segar dan banyak lagi. Malah barang basah seperti ikan, daging juga ada jual disini seawal jam 5 pagi.  Seterusnya, Pasar Tani atau Pasar Karat juga terkenal dengan barangan perhiasan rumah seperti alas meja, perhiasan bunga, perkakas dapur dan pelbagai jenis perhiasan yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata uintuk memilih. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 2.00 petang pada setiap hari ahad. 

Pasar Setia Alam terletak di Setia Alam ini dibuka pada setiap hari sabtu bermula jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam. Pasar ini telah terkenal dengan gelaran pasar malam yang terpanjang di Malaysia dimana menempatkan lebih beberapa buah khemah jualan sepanjang 2.2 km dari pintu masuk pasar sehingga hujung pasar malam itu. 

Jejaknya kaki anda kesini, tentunya membuatkan anda akan berasa kagum dengan kepanjangan pasar malam yang menempatkan lebih 30 buah khemah jualan daripada pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan Melayu, Cina dan juga India. Bukan itu sahaja, pasar malam ini juga ada menjual beberapa jenis barangan seperti sayur-sayuran, perkakas dapur, pakaian dan banyak lagi yang sememangnya membuatkan anda merasa ghairah untuk membeli semua barangan dan membuatkan anda rambang mata untuk membeli setiap makanan yang ada di situ. Pasar malam terpanjang sudah pasti akan membingungkan para pelanggan dimana untuk parkir kenderaan. Jangan risau, kerana kawasan ini memiliki tapak meletakkan kenderaan yang strategik dan lokasinya yang selamat. Sediakan wang dan jom mulakan langkah terokai pasar malam terpanjang di Malaysia.

Pasar Malam SS2 Subang ini pula terletak di Subang Jaya yang dibuka pada setiap hari isnin merupakan salah satu pasar malam yang terkenal di Lembah Klang. Pasar malam ini juga boleh dikategorikan sebagai “Night Foods Heaven” buat pemburu makanan yang unik kerana terdapat pelabagai jenis makanan yang pasti menaikkan ghairah si pembeli.Antara makanan yang wajib dibeli di Pasar Malam SS2 adalah Okonomiyaki (Makanan Jepun), Kueh Mueh Tradisional, Boa Cendawan, Cheese Fruit Tart, Taiwanese Sausage, Peanut Soup, Mat Nga Tong (sejenis madu), Thai Prawn Salad, Colourful Dim Sum, Apam Balik, Coconut Ice Cream, Popia Sambal dan banyak lagi jenis makanan yang boleh anda temui.

Uptown Seksyen 24 Shah Alam merupakan salah satu lokasi menarik apabila menjelang waktu malam yang wajib di kunjungi jika berada di Shah Alam. Pasar malam atau lebih dikenali sebagai Uptown Shah Alam yang mempunyai lebih 450 tapak perniagaan ini terletak di Kompleks Muhibbah Shah Alam Seksyen 24 yang diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Berbanding uptown lain yang ada di Malaysia, Uptown Shah Alam Seksyen 24 adalah Uptown yang paling ramai pengunjungnya tidak kira didalam negeri mahupun di luar negeri Selangor khususnya apabila lewat malam dan tiba musim perayaan. 

Jika dilihat dari sudut luar, Uptown Seksyen 24 Shah Alam ini kelihatan agak sunyi dan kecil. Tetapi, apabila anda menjejakkan kaki ke dalam anda boleh merasai keriuhan suasana membeli belah ditambah pula dengan persembahan daripada “live band” dan karaoke daripada pengunjung. Suasana dan lokasi di Kompleks Muhibbah ini sememangnya selesa dengan adanya susunan kedai yang sistematik dan cahaya lampu yang terang akan membuatkan anda berasa selamat berjalan dan membeli-belah bersama keluarga. 

Selain itu, Uptown Shah Alam menyediakan pelbagai fasiliti kemudahan awam seperti tandas awam, surau, tapak hiburan kanak-kanak, tapak meletakkan kenderaan dan pelbagai pilihan kedai makanan dan minuman di sekitar kompleks. Pelbagai jenis barangan yang boleh anda miliki seperti pakaian, makanan, barangan vintage, koleksi permainan, barangan kecantikan dan pelbagai lagi. 

Uptown Damansara terletak di Damansara Utama, Petaling Jaya yang menawarkan pelbagai barangan jualan yang menempatkan sebanyak 300 tapak perniagaan. Di bangunkan dengan wajah yang baharu dan lebih sistematik kini Uptown Damansara menerima peningkatan jumlah pengunjung hari demi hari. 

Uptown Damansara sememangnya terkenal dengan penjualan barang-barangan murah dengan kualiti yang memuaskan dan berkemampuan, sudah tentu lokasi ini menjadi pilihan kedua selepas pusat membeli belah utama di sekitarnya. Pelbagai barangan yang boleh anda miliki seperti pakaian, kosmetik, barang telekomunikasi dan banyak lagi.Malah bukan itu sahaja, antara keistimewaan Uptown Damansara adalah pengunjung boleh menjamu selera dan melepaskan dahaga selepas penat mencuci mata dan membeli belah. Pilih sahaja jenis makanan yang digemari semuanya sudah tersedia didepan mata seperti burger bakar, makanan laut, rojak, sup dan bermacam makanan dan minuman yang ada.

“Pasar Malam dan Uptown yang mempunyai kepelbagaian rona pilihan dijadikan kawasan tarikan pelancong dari dalam dan luar negara, kita amat menggalakkan penjenamaan semula pasar malam bakal menjadi contoh terbaik bagi menarik kunjungan pelancong asing dan tempatan selain menjadi tempat tarikan pengunjung. Kini peniaga pasar malam tempatan perlu memainkan peranan penting kerana perniagaan itu menjadi tarikan utama di Negeri Selangor dengan kunjungan pelancong. Mereka ini cukup memberi sumbangan dalam menggalak serta menjadi salah satu elemen penting dalam memacu sektor pelancongan di Negeri Selangor” ulas Puan Noorul Ashikin Mohd Din, Pengurus Besar Tourism Selangor.