5 Perkara Perlu Dititikberatkan Sebelum Ambil Keputusan Berhenti Kerja Untuk Travel

TRAVEL
May 23, 2018 - 02:49 PM


Sekarang banyak di media sosial tular tentang mereka-mereka yang sanggup berhenti kerja semata-mata nak travel. Yes nampak memang gah dan berani. Mungkin boleh memberi inspirasi kepada mereka yang nak jadikan travel sebagai hobi dan income.

Namun hakikatnya berhenti kerja semata-mata untuk travel tidaklah semudah yang di sangka dan di lihat. Pokoknya anda perlukan suatu perancangan yang kukuh dan keewangan yang mantap. Al-maklumlah nak travel ni bukanlah free.

Aku secara peribadi pernah berhenti kerja untuk travel. Tapi aku bukanlah berhenti kerja bodohmacam tu jer sebab aku juga ada tanggungan walaupun masih bujang. so sebelum aku ambil keputusan berhenti kerja aku akan buat perkara ini dahulu.

Planning masa depan

Ok sebelum resign aku akan plan dulu masa depan aku. apa aku akan buat kalau tak kerja. Income aku macam mana, strong ke untuk survive sepanjang tak kerja. komitmen macam mana nanti. Ok itu antara korang perlu take noted.

See bukan lah semudah yang korang sangka. Lainlah korang ni di lahirkan atas dulang emas. Kalau macam tu tak kisahlah korang tak kerja pun.

Kewangan yang kukuh

Selain masa depan, wang juga memainkan peranan yang penting. macam aku, aku dah start jadi travel blogger since aku study lagi, so for me it not problem to generate income with my blog. for korang yang bercadang nak berhenti kerja pastikan korang ada something yang boleh buat income. Maybe boleh cuba freelance depends on skill korang lah. Kalau pandai ambil gambar jadilah photographer. Kalau suka menulis boleh jadi blogger.

Sebab berhenti kerja

Salah satu sebab ramai yang behenti kerja adalah kerana kerja itu sendiri. Ada yang terbeban dengan kerja yang di buat menyebabkan mereka ambil keputusan untuk berhenti kerja. Sebab aku resign adalah kerana aku tak suka dengan environment kerja yang penuh denagn politik. Yes aku pernah kerja sebagai System Engineer dan Telco Engineer selama 2 tahun. Di sebabkan politik di tempat kerja membuatkan aku dah tak ada hati untuk kerja lagi dah kat tempat itu.

So aku decide untuk resign then aku travel selama 3 bulan. After that aku rasa aku boleh buat something semasa travel. akhirnya aku ambil keputusan untuk sambung Master. So aku travel sambil belajar. Dan rezeki Allah, semasa aku travel dan study aku dapat offer peluang pekerjaan yang aku minat.

Commitment cover 6 bulan ke dapan

Ok kalau korang ada commitment tu pastikan anda cover sehingga 6 bulan ke depan bagi mengelak sakit kepada di kemudian hari. Dalam masa 6 bulan tu at least 3 bulan boleh travel dan 3 bulan lagi boleh plan nak cari kerja baru or buat business untuk cover balik income anda.

Minimalistkan Commitment 

Sebelum resign kalau boleh settellah komitmen yang mana korang boleh settel duli. Macam PTPTN ke, kereta ker, motor, hutang-hutang. Barulah tenang sikit korang nak travel

So guys kalau nak ambil keputusan untuk berhenti kerja untuk travel pastikan perancangan anda lebih baik dari kerja anda sekarang. Begitu juga income.

Akhirkata berbaloikan berhenti kerja kerana nak travel?

Bagi aku berbaloilah. Sebab aku boleh plan masa depan sendiri, boleh buat kerja lain semasa travel. Dan aku dapat tengok dunia…Cuma banyak perkara aku perlu korbankan untuk ini.

Ala mat salleh boleh buat tak kan kita tak leh buat kan?