5 Pulau Terpencil Di Dunia Yang Jarang Kita Dengar




Sebut sahaja pasal pulau, semestinya apa yang bermain di fikiran adalah persisian pantai yang panjang, pasir-pasir pantai, desiran ombak, laut yang luas terbentang dan macam-macam lagilah. Dan setiap orang ada alasan yang tersendiri kenapa lebih gemar memilih pulau untuk bercuti atau travel.

Kalau di oversea, kita semua tahu pasal kecantikan pulau di Maldives, Bali dan sebagainya. Kalau di Malaysia pulak, tak lain tak bukan Pulau Langkawi, Redang, Tioman dan lain-lain.

Kebiasaannya, menurut AJ, pulau atau pantai yang cantik adalah yang tak ramai orang tahu. Sebabnya, dia masih ‘dara’. Belum tercemar dengan sampah, belum terdedah dengan sikap ketamakan manusia.

Walaupun buat masa sekarang ni belum terasa nak travel ke luar negara, ini AJ ada terjumpa senarai pulau-pulau yang terpencil yang katanya ramai tak tahu tentang kewujudan pulau tersebut tertapi mempunyai sejarah dan cerita yang menarik di sebaliknya.

 

#1. BERING ISLAND, KAMCHATKA, RUSSIA

Kepulauan yang terletak di sebelah timur negara Russia ini amat terpencil sehiggakan berita tentang revolusi pada tahun 1917 hanya sampai kepada mereka selepas enam tahun.

Disebalik namanya, ia dinamakan sempena Komander Vitus Bering yang mencatatkan kawasan Kamatcha dalam dua ekspedisi sebelum tenggelam dan terkorban bersama anak kapalnya pada tahun 1971.

Kawasan penempatan disini hanya ada di Nikol’skoye dan kebanyakan binaan yang terdiri daripada kayu didapati telah terhakis akibat pukulan angin dari artik. Walaubagaimanapun, kawasan perairan sekitar pulau ini terdapat pelbagai species ikan paus, anjing laut dan orka.

 

#2. PAPATURA ISLAND, SOLOMON ISLANDS

Salah satu kepualauan yang ada di Solomon Islands adalah di Pulau Isabel. Terletak di kawasan utara, dikatakan terdapat Pulau yang terpencil. Tergolong dalam projek pelancongan disana, Papatura boleh dianggap sebagai kawasan percutian yang premier.

 

#3. SANTIAGO ISLAND, CAPE VERDE ISLANDS

Keunikan pulau Santiagio ini adalah ia terdiri daripada titik kecil gunung berapi di Kepulauan Cape Verde, Afrika Barat.

Menurut catatan sejarah, disini terletaknya Ribeira Grande yang dibina pada tahun 1462 dan merupakan penempatan kekal Eropah di kawasan tropika terbabit. Kini, kawasan tersebut telah menjadi sebuah perkampungan kecil iaitu Cidade Velha.

Pelabuhan yang menjadi khazanah dunia juga terdapat disini iaitu Fort Real de Sao Filipe, dan dikatakan dua pengembara terkenal iaitu Christopher Columbus dan Vasco Da Gama pernah ke salah sebuah gereja disana yang dibina pada tahun 1495 dan merupakan gereja colonial yang tertua di dunia.

 

#4. KOH TARUTAO, THAILAND

Sebut pasal kepulauan di Thailand, kebiasaannya kita tahu tentang Krabi, Koh Samui, Phuket dan Phi Phi. Tak ramai yang tahu, sebenarnya ada sebuah pulau di selatan persisiran Andaman ni. Namanya Koh Tarutao.

Kalau nak diikutkan, ia merupakan kepulauan paling besar antara 52 pulau yang terdapat dalam kumpulan pulau disana. Dipenuhi dengan hutan dan pantai, di Tarutao juga terdapat beberapa unit bungalow yang ditawarkan kepada pelancong.

Menurut sejarah, kenapa pulau ini tidak sepopular pulau lain adalah kerana ia pernah menjadi pulau buangan banduan Thailand. Ratusan banduan dibunuh di pulau ini dan sehinggalah tamatnya perang dunia ke-2.

Hari ini, korang boleh berbasikal di pulau ini untuk melawat penjara yang dah dikosongkan di pulau ini. Macam seram lah pulak. Hehe.

 

#5. YAMDENA ISLAND, SELATAN MALUKU, INDONESIA

Selain Thailand, negara jiran kita yang lagi satu ni jugak kaya dengan pantai-pantai yang menarik. Antaranya di Bali atau kepulauan Raja Ampat.

Terletak di laut Arafura, kepualauan yang terletak antara Timor dan Papua ni memang sukar untuk dicari.

Uniknya disini adalah Kapal megalitik kuno dan tangga batu desa Sangliat Dol dan patung-patung Kristian bersaiz raksasa serta pietas dataran tinggi Weluan Yamdena yang sangat berbeza dari kebanyakan pemandangan biasa di Indonesia.

Selain pemandangan, disebabkan kepulauan ini agak jauh dari dunia luar, mereka berjaya mengekalkan tradisi seperti tarian, muzik, animalisme, dan banyak lagi lah.