5 Tabiat Menjengkelkan Orang Malaysia Semasa Melancong

TRAVEL
August 07, 2018 - 01:47 PM


Melancong itu memang seronok. Tapi disebabkan sesetengah perkara mood melancong boleh jadi melencong. Sesetengah dari kita apabila melancong mesti akan bawa perangai negatif . Tahukan anda perangai negatif korang ni kadang-kadang boleh membuatkan orang disekeliling kita tidak senang.

Berikut kami dedahkan 5 tabiat orang kita yang menjengkelkan ketika melancong.

1. Tidak sensitif kepada budaya tempatan (60%)

Adat bila ke tempat orang sewajarkan kita menghormati budaya mereka. Jangan pula pandai-pandai buat macam rumah sendiri. Gejala vendalism juga antara isu yang dibangkitkan datang dari pelancong Malaysia.

2. Bising (56%)

Pernah tak bila travel korang terserempak dengan mereka yang buat bising? Kadang-kadang rasa macam nak sepak je mereka yang buat tempat tu macam pasar ikan. Lagi-lagi bila berada di kedai makan atau kafe.

3. Melekat pada peranti (51%)

Mungkin paling tidak memeranjatkan, pengembara solo meluangkan masa hampir dua jam sehari dengan alat peranti mereka semasa bercuti (117 minit) – iaitu 15% lebih lama berbanding mereka yang mengembara bersama rakan-rakan (100 minit) dan 26% lebih singkat jika bersama keluarga (86 minit). 

4. Kumpulan besar pelancong (36%) 

Melancong dalam kumpulan besar juga kadang-kadang boleh mengjengkelkan terutama bila berada ditempat awam. 

5. Penggemar selfie (21%)

Ini juga antara isu yang kian mendapat perhatian. Tabiat selfie juga boleh membuatkan orang disekeliling tidak senang. Kalau nak selfie pun cukuplah sekali dua. 

******

Kepada pelancong Malaysai kalau pergi ke tempat orang tolonglah jada perangai. Secara tidak lansung kita ini juga merupakan duta kepada negara Malaysia. Jangan sampai orang lain "cop" kita sebagai pelaoncong yang tiada adat.

KeN: Data ini di kumpul oleh Agoda