7 Tempat Terbaik Di Dunia Untuk Skydiving

TRAVEL
April 16, 2019 - 03:45 PM


Penerjunan udara atau skydiving adalah salah satu aktiviti yang ada sesetengah daripada kita ada dalam ‘bucketlist’. Di Malaysia, korang boleh terjun daripada 10,000 kaki di udara bersama seorang penerjun bermula daripada RM1,300 di Langkawi.

Tapi, kalau korang nakkan lebih cabaran ataupun nak ke destinasi ‘drop zone’ yang lagi cantik atau nak dapatkan pengalaman skydiving terbaik, boleh pertimbangkan untuk ke salah satu daripada 8 destinasi terbaik untuk skydiving ni…

#1. Palm Jumeirah, Dubai

Palm Jumeirah di Dubai ni sebenarnya boleh dikatakan sebagai ‘pendatang baru’ dalam kalangan drop zone di dunia namun namanya sedang meningkat naik.

Berlainan daripada zone terjunan lain, Dubai merupakan lokasi yang dipanggil city jump yang mana pernerjunan berlaku sekitar pantai buatan Palm Jumeirah.

Pemandangan dekat sini, korang boleh tengok teluk Parsi selain nampak kota Dubai lah.

 

#2. Fox Glacier, New Zealand

Di New Zealand terdapat banyak drop zone yang menarik dan antara yang favourite adalah di Fox Glacier iaitu glacier sepanjang 8 batu yang terletak di lokasi terpencil iaitu Westland Tai Poutini National Park.

Bila lakukan terjunan bebas di sini, tahan sejuk sikit lah sebab terjunan di kawasan bersalji selain dapat menikmati pemandangan Alps dan Laut Tasman.

 

#3. Hawaii, Amerika Syarikat

Selain terkenal dengan pantai dan surfing, Hawaii juga merupakan salah satu dropzone yang cantik ada di dunia. Ramai yang mengatakan terjunan terbaik dengan permandangan cantik adalah di Waialua.

Penerjunan di Hawaii menjanjikan pemandangan laut, selain korang akan nampak gunung berapi ketika berada pada paras 8,000 kaki di udara. Tak kiralah lompatan dibuat dari Oahu ke, Kauai mahupun Honolulu, korang akan dapat pengalaman dan pemandangan yang tak dapat dibandingkan dengan tempat lain.

 

#4. Interlaken, Switzerland

Terkenal dengan sejarah dan hab sukan ekstrem, Interlaken selalunya menjadi lokasi utama pilihan penerjun-penerjun di Eropah.

Pemandangan 4 negara boleh dilihat melalui terjunan di Interlaken ni iaitu Itali, Perancis, German dan Austria. Dari segi pemandangan, korang akan disajikan dengan kehijauan gunung dan juga puncah bersalji Jungfrau.

 

#5. North Wollongong Beach, Australia

Penerjunan di pantai North Wollongong ni selain korang dapat menikmati pemandangan garisan pantai Sydney, korang boleh menikmati pemandangan bandar dan jugak kalau beruntung dapat tengok ikan lumba-lumba mahupun ikan paus berenang di permukaan laut.

Penerjunan jenis tandem dan solo disediakan disini untuk penerjun yang berpengalaman.

 

#6. Gunung Everest, Nepal

Selain menjadi idaman para pendaki, gunung tertinggi di dunia ini juga merupakan destinasi pilihan dan menjanjikan pemandangan yang sangat menakjubkan untuk skydiving.

Terjun dari kapalterbang di kawasan Himalaya yang bersalji, penerjunan di Nepal ini menjanjikan adrenaline rush yang sukar nak digambarkan. Mana tidaknya, kita akan terjun freefall melepasi gunung tertinggi dunia!

 

#7. Pattaya, Thailand

Dalam senarai, Pattaya adalah lokasi yang terdekat dengan Malaysia dan dilaporkan drop-zone di Pattaya merupakan satu-satunya di Asia Tenggara yang beroperasi secara full-time.

Drop zone di Pattaya ni terletak di Nong Kho Reservoir dan ia menjanjikan pemandangan cantik kawasan barat Thailand sebelum korang akan mendarat di kawasan padang.

Menariknya, perkhidmatan shuttle juga disediakan dari kawasan popular backpacker iaitu Khao San Road untuk ke sini.

Nota Editor : Ada 3 jenis lompatan yang korang boleh buat iaitu Static Line, Tandem dan Solo. Bergantung pada tahap keyakinan dan level korang lah. Kalau nak sertai kursus, boleh cari SkydiveMalaysia