8 Negara Paling Bahaya Untuk Dilawati Wanita
TRAVELZaman sekarang ni tak kira lelaki atau perempuan, bila bab travel atau jalan-jalan mesti semua suka.
Tapi bagi wanita, lagi-lagi yang Muslimah pastinya mengembara bersama kawan-kawan wanita yang lain selalu menjadi pilihan, kan?
Yela, selain jimat kos sebab banyak benda boleh kongsi atau 'tontong' bersama, bilik pun boleh kasi ‘sumbat’ satu kali je.
Dan pastinya percutian korang juga akan lebih selesa dan selamat untuk bergerak bebas dekat negara orang nanti.
Namun, berapa ramai yang tahu sebenarnya ada beberapa negara di dunia ini yang kurang selamat untuk dilawati oleh golongan wanita, lebih-lebih lagi kalau yang mengembara solo!
Berikut disenaraikan 8 negara paling bahaya tersebut:-
#1. India
Selain merupakan negara yang tinggi dengan kes berkaitan seksual seperti kesalahan mencabul dan rogol, pemberontakan juga sering berlaku di tempat tumpuan awam seperti di pasar, stesen kereta api, hotel, masjid, restoran dan lain-lain.
Jadi, wanita tak digalakkan melancong ke sini bersendirian, melainkan bersama lelaki.
#2. Turki
Beberapa tahun kebelakangan ini, krisis politik di Turki nampaknya telah memberi impak besar terhadap keselamatan awam.
Sejak 2016, amaran telah dikeluarkan di beberapa daerah terhadap kelakuan pemberontakan dan jenayah senjata api terutamanya di tempat awam.
Jadi bagi pelancong wanita yang berkunjung ke Mesir, pastikan korang elak daripada bersemuka atau berurusan dengan penjual atau peniaga yang agresif.
#3. Mexico
Banyak kejadian rompak dan culik di Mexico.
Pelancong wanita tak digalakan pergi secara solo bahkan ramai orang tempatan suka mengambil kesempatan menipu serta memberi servis palsu kepada pelancong asing.
Hati-hati juga dengan pengambilan makanan dan minuman ketika berada di sana kerana takut ia dicemari dadah.
#4. Colombia
Kejadian culik dan pemberontakan kerap berlaku, bahkan aktiviti pengedaran dadah juga sangat berleluasa di negara ini.
Oleh itu, pelancong wanita dinasihatkan jangan berjalan seorang diri lebih-lebih lagi di waktu malam dan jangan sesekali leka terhadap barangan peribadi berharga.
#5. Peru
Peru dilaporkan antara negara yang paling banyak merekodkan kes penipuan kad kredit, aktiviti rompakan, kecurian kereta serta penculikan.
Jadi, pastikan korang yang wanita lebih berhati-hati tentang keselamatan diri dan barangan peribadi tapi lebih elok sekiranya naik saja pengangkutan awam di sana untuk lebih selamat.
#6. Ecuador
Meskipun negara ini tersenarai sebagai negara yang peramah kerana penduduk setempatnya yang mesra…namun kes rogol, pencabulan, kecurian di bilik hotel serta jenayah penyeluk saku sangat berleluasa di Ecuador.
#7. Mesir
Ibu kota Mesir, Kaherah dianggap paling tidak selamat untuk wanita kerana terlalu banyak diskriminasi.
Ramai wanita yang berjalan di kaki lima juga berisiko diserang dan terdedah kepada gangguan.
Kaum wanita sangat tertindas dan mempunyai akses terhad terhadap perubatan, perbankan dan pendidikan.
#8. Brazil
Meskipun pemandangan bukit dan laut sangat cantik di negara kepulauan ini, pelancong wanita tidak digalakan bersendirian kerana sama seperti di India yang banyak berlaku kes jenayah seksual yang berleluasa.
Malah, negara yang terkenal dengan tarian samba ini juga bahaya untuk kaum wanita kerana dikatakan setiap 2 jam sekali akan berlaku laporan pembunuhan di sana.
P/S: Selagi boleh elak untuk berkunjung ke semua negara bahaya untuk wanita ini, elakkanlah! Tapi, kalau nak mengembara ke sini juga, pandai-pandailah jaga diri dan pastikan ada kawan-kawan untuk menemani.