8 Tempat ‘Glamping’ Menarik di Malaysia Untuk Mereka Yang Sukakan Alam Semula Jadi



Sekiranya anda mahu berkhemah tanpa meninggalkan bekalan elektrik dan mahukan keselesaan, maka mungkin perkhemahan glamor atau ‘glamping‘ adalah sesuai untuk anda.

Kebiasaannya di kawasan glamping ini anda boleh terus masuk ke dalam khemah dan tak perlu nak bersusah payah membinanya sendiri. Selain itu, ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan tempat tidur yang selesa.

Jadi ianya cukup sesuai bagi sesiap yang jenis "diva". 

Berikut adalah 8 tempat glamping yang wajib untuk dilawati:

1. The Sticks

Di sini anda dapat menghayati panorama yang indah dan tinggal di ‘tendok’. Tendok adalah nama yang diberikan untuk penginapan-penginapan yang ditawarkan di The Sticks. Tendok adalah gabungan perkataan ‘tent’ dengan pondok. 

Tendok terletak betul-betul di tepi sungai bagi anda untuk mencelup kaki anda dan berehat.

  • Alamat: Lot 213 Jalan KKB, Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor.
  • Harga: Dari RM206 seorang.
  • Laman web: The Sticks

2. Kanopi Villa

Terletak hanya 45 minit dari Kuala Lumpur di kaki bukit Genting Highlands, tempat percutian adalah seluas lapan ekar tanah.

Anda akan dihidangkan dengan pemandangan indah kawasan gunung-ganang. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini, anda boleh menaiki ATV, memancing di kolam yang terletak bersebelahan dengan khemah, bermain permainan papan, berbasikal di trek-trek berdekatan ataupun berjalan ke air terjun Bentong. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga tercinta.

  • Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
  • Harga: Bermula dari RM185
  • Laman web: Canopy Villa

3. Tanah Aina Fahad

Larikan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan bandar dengan bercuti di resort ini yang terletak 2.5 jam dari Kuala Lumpur.

Tanah Aina Fahad tak pernah sunyi dari bunyi air terjun yang sangat menenangkan jiwa ditambah lagi dengan kawasan sekitarnya yang menghijau dengan flora.

Bersantai dengan bunyi air terjun yang sangat menenangkan jiwa sambil menikmati secawan teh, atau jika anda mahu ambil khidmat juru pandu trekking hutan yang berpengalaman, juga disediakan.

  • Alamat: Lot 1053, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang
  • Harga: Dari RM240 seorang.
  • Laman web: Tanah Aina Fahad

4. Sekeping Serendah


kredit: Sekeping Retreats

 

Sekeping Serendah terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur iaitu hanya dalam satu jam perjalanan sahaja, anda dapat menikmati penginapan glamping sambil menikmati panorama alam semula jadi dengan penuh ketenangan tanpa gangguan dengan pelbagai kelengkapan yang disediakan.

5. Sailor’s Rest Resort


kredit: SGMYTAXI.com

 

 

 

 

 

 

Kurang dari sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, tapak cerun ini terletak di dalam kawasan hutan Banjaran Titiwangsa yang berketinggian 600 meter dari aras laut.

 

Udara sejuk dan segar sesuai untuk mereka yang ingin percutian cepat yang tidak memerlukan masa perjalanan yang jauh. Penginapan yang ditawarkan di sini adalah rumah 3 bilik, rumah bot, chalet moden, dan chalet kampung. Para tetamu juga boleh menikmati aktiviti seperti berjalan kaki di dalam hutan, memancing, dan berbasikal.

  • Alamat: Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.
  • Harga: Dari RM95 seorang.
  • Laman web: Sailor’s Rest Resort

6. Caravan Serai

 

 


kredit: TRAVELKLIQ


kredit: yp.sg

Caravan Serai menawarkan pelbagai jenis penginapan seperti villa, bilik suite dan khemah safari.  Sekiranya anda inginkan kolam peribadi tanpa gangguan dan tak kisah untuk bayar lebih, pilihlah penginapan di villa.

Tetapi jika anda betul-betul mahu menikmati alam sekitar, bermalam di khemah safari adalah pilihan yang tepat.

Banyak aktiviti yang ditawarkan di sini, berenang di kolam renang yang sumber airnya datang dari air sungai berdekatan, memandu ATV di kawasan hutan yang mencabar, karaoke dan berbasikal.

7. Time Capsule Retreat


Kredit: Chew Kok Jin

Luangkan masa dalam kapsul unik yang terletak di pekan kecil Sungai Lembing, Kuantan. Gerai makanan juga mudah diakses kerana kawasannya terletak dua minit perjalanan dari pekan berdekatan.

Selain bilik kapsul, terdapat juga bilik lain yang lengkap dengan jakuzi dan dek luaran untuk anda bersantai dan menikmati udara segar di luar.

Bercuti dan berehat di sini pastinya berbaloi, terutamanya untuk pencinta alam semula jadi!

  • Alamat: EB4 Belakang Sek Men, 26200 Sungai Lembing, Pahang.
  • Harga: Dari RM139/malam
  • Laman web: Time Capsule Retreat

8. Chengal Hill Retreat


kredit: LovelyEmirAlisa


kredit: Tempat Menarik

Chengal Hill Retreat terletak di kebun yang berkeluasan 5 ekar dan di kawasan berketinggian 900 meter dari aras laut. Disebabkan ketinggiannya ini, anda dapat menikmati udara yang dingin dan segar, lebih-lebih lagi pada waktu malam dengan suhu 22 darjah dan ke bawah.

Penginapan yang disediakan adalah riverside chalet, dorm style chalet, water chalet, apachi, khemah camping dan glamping. Anda juga boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, ATV, menyewa 4WD untuk meneroka hutan di sekitar, berbasikal dan meredah hutan.

  • Alamat: Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang, Pahang, Malaysia
  • Harga: Dari RM350
  • Laman web: Chengal Hill Retreat