8 Tempat Percutian Menarik Selepas Aidilfitri Anda Perlu Cuba




Masih banyakkah cuti korang? kalau masih banyak jom lah kita bersantai santai dan bercuti selepas hari raya. Kasi hilangkan sikit mabuk ketupat dan rendang tu. Biasanya lepas aidilfitri destinasi terbaik untuk bercuti adalah di tepi laut. 

Bagi mereka yang cuti agak limited serta bajet terhad boleh cuba destinasi dalam negara, bagi mereka yanga da bajet lebih boleh lah fly jauh sikit.

Kami kongsikan 8 destinasi menarik anda boleh pergi selepas hari raya. 4 dalam Malaysia dan 4 lagi luar Malaysia. 

Dalam Malaysia

1. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing , Johor


Tempat Menarik


Cari Destinasi

Nama rasmi pantai ini adalah pantai Pasir Panjang, seperti yang tercatat di jeti, akan tetapi oleh kerana terlalu banyak pantai yang diberi nama Pantai Pasir Panjang di pulau seluruh Malaysia, iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman, jadi penggunaan nama Pantai Pasir Putih adalah bersesuaian dan pemandangan di sini adalah sama seperti namanya, pasirnya yang putih,lembut dan tidak tercemar. Terdapat beberapa kerusi pantai disediakan oleh Dayang Blues Resort di mana anda boleh bermain air laut di bawah cahaya matahari ataupun anda boleh mengajak rakan anda bermain bola tampar pantai yang disediakan oleh resort.

Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan.

2. Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah


Travelog Borneo


Blog Budak Pacak

Pulau Mataking termasuk di dalam kawasan Borneo Nusantara Malaysia dan ia terkenal kerana menjadi sebahagian daripada “syurga penyelam” sama juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Tidak seperti destinasi pelancongan yang berada di bawah pentadbiran langsung Daerah Sabah, kawasan ini adalah kawasan persendirian.

Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar, tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di sini.

Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking ( perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul.

3. Seaventures Dive Resort, Sabah


Diveplanit


Seaventures Dive Rig

Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, tetapi ini berubah apabila saya menemui Seaventures Dive Resort. Resort terletak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.

Jika anda seseorang yang minat pada aktiviti scuba diving ini adalah salah satu destinasi menyelam yang harus dilawati. Terletak di segi tiga batu karang Sabah, pelantar minyak ini diubah suai menjadi dive rig dan telah meraih status PADI 5 star Dive Resort

4. Pulau Rawa


www.rawaislandresort.com


The Vocket

Pulau Rawa, sebuah pulau di Johor yang sungguh indah dengan pantai berpasir putih bersih dan dasar laut yang mempesonakan. Anda dapat menikmati panorama indah hidupan marin yang terdapat di dasar laut serta batu karang dengan bersnorkeling di pantai jernih kebiruan ini. Keindahan Pulau Rawa turut ditambah dengan kehijauan kawasan daratnya yang tebal dilitupi hutan.

Oleh sebab itu, cara yang terbaik untuk anda menikmati keindahan pulau ini adalah dengan berkanu di sekitarnya pada hari laut tenang.

Cara lain untuk menikmati keindahannya adalah dengan bertrekking di timur pulau ini. Kenapa di bahagian timur? Kerana di sini disediakan 270 anak tangga untuk memudahkan anda menuju ke puncak pulau ini. Kepenatan yang dirasa sewaktu mendaki akan hilang sebaik melihat pemandangan yang terbentang terutama sekali sewaktu matahari terbenam

Luar Malaysia

1. Maldives

Memang nampak agak typical tapi lepas tengok percutian Hanis Zalika tempoh hari terus teringin pula nak lepak kat maldives sambil makan lemang dan ketupat. bagi rakyat Malaysia percutian ke Maldives memang tidak asing lagi. Negara pulau ni sangat sesuai untuk di jadikan destinasi percutian selepas Aidilfitri.

2. Hua Hin, Thailand

Hua Hin terletak di daerah Prachuap Khiri Khan selatan Thailand. Destinasi ini juga anatara nama yang mula memdapat perhatian oleh pelancong Malaysia jika ke Thailand. Dengan matawang RM dan bath yang makin stabil, inilah masanya untuk korang ke Hua Hin. 

3. Mauritius & Reunion Island

Pulau Mauritius dan Reunion terletak di benua Afrika, namun untuk ke sini hanya mengambil masa 7 jam penerbangan sahaja. Sebelum ni Air Asia ada menawarkan penerbangan direct ke Mauritius, namjun kini kami pun takpasti samaada AA masih lagi terbangke sana. Jika nak ke sana boleh transit di Singapore. 

4. Pulau Belitung, Indonesia

Pulau Belitung terletak di antara kepulauan Jawa dan Sumatra, dan merupakan sebuah provinsi Bangka-Belitung. Korang mesti perasan pulau ni jika korang pernah tengok filem Laskar Pelangi.

Tahukah anda Belitung atau Belitong adalah merupakan salah satu nama untuk "Siput Laut". Pulau ini menyerupai kepala manusia. Terdapat sebuah lagenda yang mengatakan pulau ini adalah merupakan sebuah bahagian utara Pulau Bali yang terputus dan hanyut di bahagian utara dan terjadinya Pulau Belitung ini.

Banyak lagi destinasi menarik kami nak cadangkan tapi cukuplah dulu 8 destinasi ni. Kami nak sambung makan lemang kejap.