9 Fakta Tentang Burj Khalifa - Segala Yang Tertinggi, Termahal, Terluas Di Dunia

TRAVEL
January 12, 2018 - 11:39 AM


Siapa yang pernah ke Dubai? Mesti sempat selfie di Burj Khalifa yang disebut-sebut sebagai bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter atau 2,716.5 kaki kan? Nampak gayanya belum ada gedung lain yang mampu menandinginya setakat ini.

Jadi, apa yang seronoknya dengan bangunan pencakar langit ini? Sama dengan KLCC, ada restoran, ‘shopping’, memanjakan diri di spa, tidur di hotel lima bintang tetapi di Burj Khalifa semua itu akan dinikmati dengan keluasan yang berganda-ganda besarnya

Nak tahu apa yang ekstravaganza nya? Ada 9 rekod yang perlu anda tahu :

1) Dah namanya pun tertinggi di dunia, jadi mestilah tingkatnya juga banyak iaitu 160 tingkat. Wow!

Mengalahkan World Trade Centre di Amerika Syarikat yang pernah kecoh satu ketika dahulu.

2) Lift tercepat di dunia. Kelajuannya boleh mencapai 64kkm/jam dan hanya satu minit di perlukan untuk sampai ke tingkat 124. 

3) Pembelanjaan membinanya pula paling mewah iaitu 4.1 billion USD bersamaan RM16.4 Billion.

4) Beratnya sama dengan 100,000 ekor gajah. Manakala berat aluminium yang menampung Burj Khalifa pula setara dengan lima pesawat jenis A380

5) Memerlukan 15 juta gelen air setiap hari iaitu sama banyak dengan 20 kolam renang standard olimpik. Manakala sistem penghawa dingin pula, hampir sama dengan mencairkan 10,000 tong ais setiap hari. Wow! Banyaknya.

6) Mengambil masa enam tahun untuk menyiapkannya dengan 30 pereka ternama demi mencipta kesempurnaan Burj Khalifa.

7) Ada 12,000 pekerja yang mencari nafkah di bahagian puncak Gedung Burj Khalifa.

8) Baharu saja mendapat penghargaan dunia setelah merayakan malam tahun baru dengan hiasan lampu yang menawan.

9) Memiliki taman yang luas kira-kira 15 hektar temasuklah 3,000 ruang parkir kenderaan di bawah tanah