Agoraphobia Tidak Menghalang Wanita Ini Untuk ‘Travel’ Ke Merata Dunia..

TRAVEL
November 06, 2017 - 02:47 PM


Bagi penghidap anxiety disorder, mereka akan mudah berasa panik dan takut untuk meninggalkan rumah mereka. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis fobia yang dilalui oleh manusia di seluruh dunia. Salah satu daripadanya ialah Agoraphobia.

Bagi orang yang mempunyai agoraphobia ini, mereka akan berasa keadaan sekeliling mereka tidak selamat dan kadang kala, situasi ini boleh berlaku dimana sahaja. Public transport, tempat terbuka, shopping mall malah untuk keluar dari rumah sendiri pun menjadi masalah pada mereka.

Namun begitu, seorang wanita dari New Zealand yang menetap di London iaituy Jacqui Kenny, telah berjaya mencapai impiannya untul travel ke serata dunia.

Walaupun simtom yang ada pada dirinya ini telah memusnahkan impiannya untuk berjalan ke serata dunia tetapi, dengan adanya google map. Beliau menemukan satu cara untuk ‘berjalan’ ke serata dunia hanya menggunakan Google Map sahaja!

Apa yang dilakukan beliau adalah, beliau hanya duduk di depan computer dan mula eksplorasi ke negara yang diinginya seperti Mongolia, Chile dan Senegal tanpa perlu keluar dari rumah. Menariknya tentang Jacqui ini, beliau berjaya menemukan beberapa pekan terpencil, lanskap menarik, dan pelbagai lagi hanya melalui google map.

Setiap kali terjumpa dengan sesuatu yang menarik, beliau akan screen capture dan mengolah gambar tersebut mengikut kreativitinya sendiri. Percaya atau tidak, akaun instagramnya iaitu @streetview.portaits telah mempunyai 82 ribu follower.

Selain daripada itu, Google telah memberikan kebenaran kepada Jacqui Kenny untuk menjual setiap keeping gambar yang limited itu bagi tujuan charity. Hasil jualan akan disumbangkan kepada Brain and Behavior Research Foundation dengan bantuan Stories For Good dan semuanya akan digunakan bagi tujuan memahami dan mengubati pesakit yang mempunyai masalah seperti dirinya.

Kalau korang nak tengok lagi hasil photo-photo yang di screenshot oleh Jacqui, boleh ke akaun instagram dia ataupun website kat bawah ni...

 

Sumber | BoredPanda | Website | Instagram